"Sesungguhnya orang-orang yg beriman itu adalah mereka yg apabila disebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka kerananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."(AlAnfaal: 2)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jom ingat Asma Allah


Halwa Telinga

Puasa Tournament?? sape nk jadi juara  

Posted by: aini-mawaddah

assalamualaikum wbt.


Puasa umpama permainan bola sepak... tournament la katakan..

puasa ada tiga fasa iaitu permulaan adalah rahmat , pertengahan adalah keampunan dan pengakhiran adalah hindar dari api neraka..

permainan bola sepak iaitu ada saringan kelayakan- semua orang boleh main dan ada banyak kumpulan pemain bola sepak..xder yang terkecuali. begitu juga solat tarawih dan baca quran pada permulaan adalah sangat ramai hingga tiang masjid seakan nak runtuh menunjukkan betapa ramainya manusia yang bersemangat pada permulaan puasa

seterusnya semi final- hanya yang layak yang terpilih ke semi final.. dan pemain semakin menunjukkan bakat dan meningkatkan latihan untuk maju ke hadapan...begitu juga saf solat tarawih di malam hari makin kurang safnya dan menuju ke depan line saf nya..

dan akhirnya grand final- hanya yang betul2 berkelayakan terpilih.. biasanya 2 kumpulan sahaja.. begitu juga solat tarawih .. di malam2 akhir..manusia makin berkurang..mungkin hanya imam dan bilal sahaja yang tinggal..

ke manakah yang lain di malam2 akhir ramadhan??..cuba lihat manakah manusia yang lebih ramai di bus station or di masjid? di mydin or masjid? di kamdar or di masjid?...itulah realiti umat sekarang..

bila perlawanan yang ending nya yang penting bukan permulaan... contoh berlari..maintain cool ..akhrinya sampai ..dari pecut pastuh pancit dan xboleh lari... begitu juga solat tarawih... maintain istiqamah agar solat tarawih atau ibadah lain dipertingkatkan hingga tamatnya ramadhan...bulan len xder..maka rebutlah peluang sebaiknya di bulan yang mulia ini...

Moga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya..dan jadilah puasa ini puasa yng sebenarnya bukan puasa orang awam yang hanya sekadar lapar dan dahaga...al-quran di perbanyakkan dan peliharalah anggota dari perkara yang sia2..

dan..sahabat2 ku yg dikasihi ..mungkin ini adalah ramadhan terakhir buat kita..kite xpasti date line nyawa kite diambil balik oleh Tuan Punya diri ini...ayoh berusaha grab ganjaran2 di fasa ke-3 Ramadhan ini...Fastaqim kama umirta.....

salam kasih sayang

Karena cinta ku padaMU  

Posted by: aini-mawaddah

Wahai diri,

Kerna cinta Ilahi,
Akan ku cari jalan kepenatan,
Akan ku redah ombak kesusahan,
Akan ku pilih hidup kemiskinan,
Akan ku biar lorong kesenangan.

Kerna cinta Ilahi,
Aku sanggup tiada habuan,
Aku sanggup tiada bayaran,
Aku rela tiada sanjungan,
Aku tegar tahan kelaparan,
Aku redho hilangnya kemewahan.

Kerna cinta Ilahi,
Aku tiada lagi pilihan,
Memilih sunnah penciptaan,
Yang mencipta memberi arahan,
Yang di cipta akur pada arahan.

(moga kader2 dakwah semua sentiasa beringat bahawa tiada apa yang lebih memuaskan diri dan jiwa kita selain redha can cinta dr Allah.. usahlah kejayaan kita diukur dengan bilangan pengikut kita, sebaliknya di manakah diri kita di hadapan Allah kelak.. Adakah nama kita sentiasa di sebut di langit Allah, ataupun kita sekadar terkenal di bumi, tetapi sekali pun tidak menjadi perbualan antara malaikat di langit.. moga redha Allah di cari, bukan redha nafsu dan manusia.. ikhlaskan niat)....semoga setiap perkara yg kita lakukan diterima Allah.....bertintakan harapan demi menggapai cinta yg satu..cinta ILAHI...

Janganlah

Berlarian ke sini,
Berkejaran ke sana,
Berterbangan ke merata,
Letih, tetapi kosong belaka.

Tampak hebat di dunia,
Disebut namanya di merata,
Walhal di langit dikutuk hina,
Kerana memang dunia dicarinya.

Mungkin bermula kerana Yang Esa,
Namun hujungnya mencari nama,
Rosak punah peluh dan derita,
Yang tinggal untuknya adalah dosa.

Lesap sudah hak Pencipta,
Kerana diberi kepada manusia,
Tinggallah hanya neraka buatnya,
Hak hakiki untuk si bangga.

(astaghfirullah.. terkadang risau, adakah segala amalan ini untuk manusia? ataupun ikhlas kerana Allah SWT? jika kerana Allah, tidak erti bangga, mencari nama, kerana hanya redha dan ganjaran Allah dicari selamanya.. moga semua kader2 dakwah sentiasa memperbaharui niat kerana, rosaklah amalan dan letihnya tika nama dan bangga yang dicari..muhasabah buat semua)...Keyword di sini: perbaharuilah niat antunna....

(ANSORULLAH)

Neraca Diri  

Posted by: aini-mawaddah

Munsyid: Hijjaz


Di jasad tiap insan
Diciptakan hati membendungi perasaan
Di situlah bermula
Satu pertimbangan penentuan arah

Tiada apapun jua
Diciptakan sia-sia
Tiada apapun jua
Yang terjadi tiba-tiba

Hati menjadi neraca diri
Tiap langkah harus diimbangi

Diberikan pilihan
Akal dan fikiran, hati dengan perasaan
Usahalah mencari
Kekuatan diri saat kau diuji

Umpama cermin dihinggapi debu
Demikian hatimu
Seandainya dibiarkan begitu
Pasti akan kelabu pandanganmu
Kehidupan akan jadi tak menentu

Dianugerahkan Tuhan
Pada tiap insan ada keistimewaan
Di hatilah bermula
Tiap pertimbangan tiap langkah...

Bait bait lagu ini memberi seribu makna dan pengertian...bgitu bnyk pengajaran dan nasihat yg diperoleh...smoga usaha antum dalam industri nasyid ini diberkati dan dirahmati Allah...jazakallahukhair..special attributes to Hijjaz , ....

Menyelusuri sejarah hidup insan yg bernama Syed Qutb  

Posted by: aini-mawaddah

Mampukah kami menjadi seperti dirimu?

Kesyahidan Asy-Syahid Syed Qutb adalah di tali gantung semasa Regim Jamal Abdul Nasir. Syed Qutb digantung bersama 2 orang lagi rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimun pada pagi Isnin 29 Ogos 1966.
Kebimbangan dan ketakutan yang melanda bukan sahaja buat Regim Jamal Abdul Nasir tetapi juga buat Imperialis Barat ketika itu. Imperialis Barat amat takut dan bimbang terhadap pemikiran- pemikiran tajam Syed Qutb yang menghancur-leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur, serta kemampuan beliau mengemukakan 'gagasan Islam' dengan jelas dan mantap ke dalam ummah. Kemampuan beliau telah menyeret Regim Mesir dengan desakan Imperialis mengambil tindakan 'kejam' menggantung Mujahid Agung Islam abad ini.


Sejarah Hidup Syed Qutb:-
(1)Tahun 1906:-
Syed Qutb dilahirkan di Daerah Assyut, Mesir. Berkat didikan ibubapa, beliau telah menghafaz seluruh AlQuran sejak kecil lagi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum (sekarang Universiti Qaherah) sehingga berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang sastera (Pendidikan).
Selepas tamat pengajian, beliau ditawarkan mengajar di Darul Ulum. Selepas beberapa tahun di situ, beliau dilantik menjadi 'Nazir' sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Mesir. Kementerian Pelajaran Mesir telah menghantar beliau ke Amerika Syarikat selama 2 tahun untuk mengkaji sistem pendidikan dan latihan moden yang ada di sana.
Pengalaman singkat (ringkas) beliau berhubung dengan budaya Barat membolehkan beliau mendalami pemikiran-pemikiran dan sosio budaya orang-orang Amerika dan Barat sendiri. Syed Qutb berpeluang melihat sendiri betapa runtuhnya pemikiran dan budaya Barat.
Kembalinya dari Amerika, beliau mula berjinak-jinak dengan Ikhwan Muslimun dan akhirnya menyertai gerakan Islam itu pada tahun 1945.

(2)Tahun 1945:-
Syed Qutb menyertai gerakan Islam Ikhwan Muslimun.


(3)Tahun 1954:-
Ikhwan Muslimun melantik Syed Qutb sebagi Ketua Pengarang Majalah Al-Ikhwan Muslimun. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan oleh beliau selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Regim Jamal Nasir.
Regim Mesir ketika itu mengambil langkah kekerasan terhadap gerakan Ikhwan dan menangkap ribuan pendukungnya termasuk Syed Qutb. Penyiksaan yang 'teruk' terhadapnya menyebabkan Syed Qutb menderita penyakit yang 'teruk' di dalam penjara.


(4)Tahun 1955:-
Pada Julai 1955, Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan 'kerja berat' oleh Mahkamah Rakyat Mesir.
Semasa di dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nasir telah menawarkan pembebasan terhadap beliau dengan syarat Syed Qutb menulis 'pernyataan' memohon maaf kepada Regim Jamal Abdul Nasir. Tetapi tawaran tersebut ditolak oleh Syed Qutb dengan kata-kata yang amat bermakna dan berharga buat setiap pendukung Islam di sepanjang zaman. Kata Syed Qutb:
"Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya"


(5)Tahun 1964:-
Syed Qutb dibebaskan apabila Jamal Abdul Nasir memenuhi permintaan Presiden Iraq yang meminta supaya Syed Qutb dibebaskan. Pembebasan itu dilakukan oleh Jamal Abdul Nasir kerana beliau ingin menjalin hubungan baik dengan Iraq.
Tetapi tidak sampai 1 tahun dari pembebasan itu, Syed Qutb ditahan kembali dengan tuduhan ingin merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dengan mengggunakan kekerasan. Turut ditangkap bersama beliau ialah adik-adiknya Muhammad Qutb, Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan puluhan ribu anggota Ikhwan Muslimun yang lain.
(6)Tahun 1966:-
Syed Qutb bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera Mesir.
Pagi Isnin 29 Ogos 1966, Asy-Syahid Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai beliau kembali ke RAHMATULLAH.



LAGI PROFIL BELIAU:
Lahir, suka dgr Al Quran, bercita2 nak jadi qari

Sayyid Qutb lahir tahun 1906 di Egypt. oleh kerana ayah dan ibunya sangat kuat mematuhi ajaran agama dan tergolong dalam orang2 yang menyintai Al Quran, Sayyid Qutb pernah berangan2 untuk mempunyai suara yang lunak merdu seperti qari2 yang memperdengarkan tilawah Al-Quran kepada ibunya. namun Allah tidak mengizinkannya kerana Allah telah menjadikannya sebagai orang yang lebih hebat lagi di zamannya.

Menghafaz, suka membaca dan beri idea bernas

beliau mula hafal Al Quran sejak 10 tahun. sejak kecil dan remaja, beliau mula memperlihatkan kegemaran membacanya yang mantap serta boleh memberi idea2 yang bernas.

Jadi guru

beliau berjaya memasuki Kuliah Darul 'Ulum dan setelah menamatkan pengajian tingginya, beliau menceburkan diri dalam bidang perguruan dan penulisan dan akhirnya dipindah ke bahagian Pentadbiran Kementerian Pelajaran di Kaherah.

Sangat berpengaruh dalam bidang penulisan

beliau menjadi seorang yang sangat berpengaruh dalam bidang penulisan di dalam akhbar dan majalah. orang2 muda terutamanya sangat meminati hasil tulisan beliau sehinggalah beliau buat keputusan tuk menulis buku. waktu itu, umur beliau sudah mencecah 40 tahun. dari 1945 - 1950, beliau telah menghasilkan 26 buah buku dalam bidang penulisan sastera Islamiyah.

Ke Amerika

tahun 1948, beliau dihantar ke Amerika dan duduk di sana selama 2 tahun. di sana, beliau melihat dan mengkaji ttg kehidupan orang2 di Amerika. boleh dikatakan beliau ialah org yg sgt tahu ttg agamanya tapi beliau menulis hingga ke cerita2 yang mengarut dalam gaya penulisannya.

Turning point

bagaimana Syed Qutb boleh tersedar ? pada satu ketika beliau sakit dan duduk di hospital. dari atas bilik, beliau dapat menyaksikan ramai orang Amerika sedang berpesta sakan. beliau pelik dengan keadaan yang tidak pernah beliau lihat. lalu beliau bertanya pada salah seorang tentang apa yang berlaku. lalu orang itu berkata "Kau tak tahu ke? Kat Mesir, ada sorg terrorist Islam telah pun ditembak mati. kami gembira sbb tu kami raikannya dengan berpesta!". kalian tahu sapa kah gerangan 'terrorist' Islam itu? itulah dia hero kita, Hassan al Banna. (semoga Allah merahmati segala usaha jihad HAB)

Syed Qutb mula berfikir kenapa orang2 Amerika sgt gembira dengan kematian Hassan al Banna. pasti HAB ini seorang yang luar biasa hebatnya. lalu mulalah Allah bukakan hatinya untuk sedar. beliau juga pernah berkata melalui pengamatannya"Amerika mempunyai segala sesuatu kecuali roh". mereka bersifat materialistik semata2. nak cari duit, utk apa? supaya hujung minggu boleh ke night club bersuka ria dan buat maksiat. begitulah...

Kembali ke Mesir

sekembalinya ke Mesir, beliau memutuskan untuk meninggalkan gelanggang sastera dan menumpukan seluruh hayatnya kepada pengajian dan harakat Islamiyah serta memasuki Ikhwanul Muslimin. beliau menulis...

"Orang yang menulis kajian ini ialah seorang yg hidup membaca selama 40 tahun genap. kegiatannya di peringkat pertama ialah membaca dan menelaah kebanyakan hasil pengajian dalam pelbagai bidang pengetahuan manusia termsk kajian yg menjadi bidang kegemarannya. dan pada akhirnya, ia pulang ke pangkal jalan iaitu pulang dgn sumber aqidah (Al Quran), pandangan dan kefahamannya. dan di sana ia dapati bahawa seluruh apa yang dibacanya itu amat kerdil jika dibandingkan dengan potensi2 aqidah Islam yang agung itu dan akan terus dengan sifat agungnya. Walau bagaimanapun, ia tidak menyesal atas kehabisan umurnya selama 40 tahun itu kerana dengan usianya yang selama itu, ia berjaya mengenal hakikiat jahiliyah, mengenal penyelewengnya, kekerdilannya, kekosongannya, kesongsangannya, kesesiannya dan dakwaan2nya yang karut. sejak itu ia sedar dengan penuh keyakinan bahawa seorg Muslim tidak boleh menyatukan 2 sumber ilmu pengetahuan yang berlainan itu utk diterima olehnya". - Syed Qutb

Aktif dalam penulisan Islamiyah (1951-1964)

beliau mula menulis dengan serius dan cemerlang hingga lahirnya karya2 agung yang menjadi warisan hingga hari ini. salah satunya ialah Tafsir Fi Zilalil Quran hingga lengkap 30 juzuk yang mengambil masa selama 8 tahun untuk disiapkannya.

Uniknya Tafsir Fi Zilal berbanding tafsir lain

Fi Zilal Quran bermaksud "In the Shade of Quran" atau "Di bawah bayangan Al Quran". uniknya tafsir ini ialah ianya ditulis dengan tinta derita sengsara yang begitu pahit akibat penindasan dan permainan politik gila kuasa yang zalim di zaman itu (Presiden Jamal Abdul Nasir memerintah)

beliau telah menghadapi penyeksaan fizikal yang kejam hingga membuatkan seluruh entiti beliau tertumpu hanya pada Allah S.W.T dan kepada penghayatan Al Quran. di mana beliau hidup di bawah bayangan Al Quran dengan seluruh jiwanya sebagai seorang pendakwah.

tafsir ini juga berbeza dari tafsir2 yang lain kerana beliau menggunakan satu method pentafsiran membersihkan pentafsiran Al Quran dari pembicaraan sampingan dan selingan yang tidak disarankan oleh nas2 Al Quran. oleh itu, beliau menjauhkan tafsirnya dari perbahasan mengenai bahasa dan tata bahasa, ttg ilmu kalam dan ilmu fiqh.

beliau telah menulis tafsir ini sebanyak 2 kali iaitu yg pertama ia menulis dengan tinta seorang alim, dan kali kedua dia menulis dengan darah syuhada'.

Syahid di tali gantung

tanggal waktu fajar Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966, beliau dijatuhi hukuman gantung setelah didapati bersalah oleh "Mahkamah Tentera" yang telah ditubuhkan oleh kerajaan revolusi di zaman itu. Mahkamah ini mempunyai sejarah pengadilan yang hitam dan banyak mengorbankan orang2 yang tak berdosa. Hukuman gantung tetap dilaksanakan secara mendadak ke atas beliau tanpa menghiraukan bantahan dunia Islam dan menolak secara tidak sopan telegram rayuan peribadi dari Raja Saudi Almarhum Faisal Ibn Abdul Aziz di mana baginda merayu supaya beliau dibebaskan dari hukuman gantung dan baginda bersedia memberi apa sahaja yang dituntut oleh kerajaan Mesir.

" Tangan yang mengangkat kalimah syahadah ini tidak akan tunduk pada taghut! "
(kata2 yang diberikan oleh Syed Qutb ketika dipujuk oleh Presiden supaya kembali tunduk pada mereka)


lebih lanjut mengenai Syed Qutb dan banyak lagi tokoh2 pejuang islam sila ke dakwah.info

Saudara,
seandainya kau tangisi kematianku
dan kau sirami pusaraku
dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku
yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
dan teruskanlah perjalanan
ke gerbang jaya

Saudara,
kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih
yang sedang merindu
taman-taman di syurga Tuhanku
bangga menerimaku
burung-burungnya
berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara,
puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinari fajar lagi
biarlah rohku terbang
mendapatkan rindunya
janganlah gentar
berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar



(ditulis beberapa jam sebelum menemui syahid di tali gantung pada tahun 1966)

titipan sabar buat tauladan  

Posted by: aini-mawaddah




Abu Abdillah atau Urwah bin Zubair bin Al-Awwam adalah di antara sederet tabiin yang memiliki kucuran mata air hikmah untuk generasi umat sesudah beliau. Adik dari Abdullah bin Zubair ini memberikakan pelajaran tentang nilai sebuah kesabaran.

Suatu hari cucu Abu Bakar Ash-shiddiq ini mendapat tugas untuk menemui khalifah Al-Walid bin ‘Abdil Malik di ibukota kekhalifahan, yaitu Damaskus di negeri Syam. Bersama dengan rombongan, ‘Urwah akan menempuh perjalanan dari Madinah menuju Damaskus yang saat ini menjadi negara Yordania.

Ketika melewati Wadil Qura, sebuah daerah yang belum jauh dari Madinah, telapak kaki kiri beliau terluka. Tabiin yang lahir pada tahun 23 Hijriyah ini menganggap biasa lukanya. Ternyata, luka tersebut menanah dan terus menjalar ke bagian atas kaki Urwah.

Setibanya di istana Al-Walid, luka di kaki kiri Urwah tersebut sudah mulai membusuk hingga betis. Urwah pun mendapatkan pertolongan dari Khalifah Al-Walid yang memerintahkan sejumlah dokter untuk memberikan perawatan.

Setelah melalui beberapa pemeriksaan, para dokter yang memeriksa salah seorang murid dari Aisyah binti Abu Bakar ini mempunyai satu kesimpulan. Kaki kiri Urwah harus diamputasi, agar luka yang membusuk tidak terus menjalar ke tubuh.

Urwah menerima keputusan tim dokter ini. Dan dimulailah operasi amputasi. Seorang dokter menyuguhkan Urwah semacam obat bius agar operasi amputasi tidak terasa sakit. Saat itu, Urwah menolak dengan halus.

Beliau mengatakan, “Aku tidak akan meminum suatu obat yang menghilangkan akalku sehingga aku tidak lagi mengenal Allah, walaupun untuk sesaat.”

Mendengar itu, para dokter pun menjadi ragu untuk melakukan amputasi. Saat itu juga, Urwah mengatakan, “Silakan kalian potong kakiku. Selama kalian melakukan operasi, aku akan shalat agar sakitnya tidak sempat kurasakan.”

Mulailah tim dokter memotong kaki Urwah dengan gergaji. Selama proses operasi itu, tabiin yang bisa mengkhatamkan Alquran selama dua hari ini tampak khusyuk dan tegar. Tidak sedikit pun suara rintihan keluar dari mulut beliau.

Melihat pengalaman yang tidak mengenakkan dari seorang cucu sahabat terkenal itu, khalifah Al-Walid menghampiri Urwah yang masih terbaring. Ia mencoba untuk menghibur.
Tapi, dengan senyum Urwah mengucapkan sebuah kalimat, “Ya Allah, segala puji hanya untuk-Mu. Sebelum ini, aku memiliki dua kaki dan dua tangan, kemudian Engkau ambil satu. Alhamdulillah, Engkau masih menyisakan yang lain. Dan walaupun Engkau telah memberikan musibah kepadaku namun masa sehatku masih lebih panjang hari-hari sakit ini. Segala puji hanya untuk-Mu atas apa yang telah Engkau ambil, dan atas apa yang telah Engkau berikan kepadaku dari masa sehat.”

Mendengar itu, Khalifah Al-Walid bereaksi, “Belum pernah sekali pun aku melihat seorang tokoh yang kesabarannya seperti dia.”

Beberapa saat setelah itu, tim dokter memperlihatkan potongan kaki yang diamputasi itu kepada Urwah. Melihat potongan kakinya, beliau mengatakan, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui, tidak pernah sekalipun aku melangkahkan kakiku itu ke arah kemaksiatan.”

Ujian yang Allah berikan kepada Urwah tidak sampai di situ. Malam itu juga, bersamaan dengan telah selesainya operasi pemotongan kaki, Urwah mendapat kabar bahwa salah seorang putra beliau yang bernama Muhammad -putra kesayangannya- meninggal dunia. Muhammad meninggal karena sebuah kecelakaan: ditendang oleh kuda sewaktu sedang bermain-main di dalam kandang kuda.

Dalam keheningan malam itu, Urwah berucap pada dirinya sendiri, “Segala puji hanya milik Allah, dahulu aku memiliki tujuh orang anak, kemudian Engkau ambil satu dan masih Kau sisakan enam. Walaupun Engkau telah memberikan musibah kepadaku, hari-hari sehatku masih lebih panjang dari masa pembaringan ini. Dan walaupun Engkau telah mengambil salah seorang anakku, sesungguhnya Engkau masih menyisakan enam yang lain.”

Kedekatan Urwah bin Zubair dengan doa kepada Allah memang sudah menjadi karakter dalam kehidupnya. Suatu kali, ia pernah mendapati seorang yang shalat kemudian berdoa dengan tampak tergesa-gesa .

‘Urwah memberi nasihat kepada orang itu, “Wahai saudaraku, tidakkah engkau memiliki kebutuhan kepada Rabb-mu dalam shalatmu? Adapun aku, aku selalu meminta sesuatu kepada Allah, hingga jika aku menginginkan garam sekalipun.”

Selain doa, Urwah pun begitu dekat dengan Alquran. Sudah menjadi kebiasaan putera Asma bintu Abu Bakar ini membaca seperempat Alquran di siang hari, kemudian membaca seperempatnya lagi di saat shalat malam. Kebiasaan berlama-lama dalam shalat malam ini terus dilakukan hingga operasi amputasi yang ia alami. Karena sejak itu, ia tidak lagi bisa berdiri seperti sebelumnya.

Walaupun ketika ia melakoni di antara kesibukannya di sebuah kebun, Urwah selalu dekat dengan Alquran. Setiap kali masuk kebun, ia selalu membaca surah Al-Kahfi ayat 39.

Allah berfirman,

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاء اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِن تُرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالًا وَوَلَدًا

Dan Mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu ‘Maa syaa Allaah, laa quwwata illaa billaah’ (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap Aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan.” (Al Kahfi: 39)

Seperti itulah di anta hikmah yang diajarkan Urwah bin Zubair. Sabar dan yakin terhadap ayat-ayat-Nya, merupakan kunci sukses seseorang meraih kepemimpinan di dalam agama ini. Sebuah kepemimpinan dalam mengarahkan umat kepada jalan yang lurus sesuai dengan rambu-rambu agama yang telah digariskan oleh Allah subhanahu wata’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam. ( eramuslim)

Betapa tinggi kesabaran yg diiliki oleh beliau...ya tidak pernah mengeluh walau sepatah, tidak pernah menyalahkan sesiapa...sungguh tinggi pekertinya...tidak mahu sesaat pn dalam keadaan melupakan Allah...cintanya pada Allah sungguh mulia...dibuktikan dengan betapa khusyuk solatnya...Urwah bin zubair antara tokoh fuqaha As sab'ah dan yg antara awal memeluk islam...semoga kita dapat mencontohi pekerti beliau dan menjadikannya sbg motivasi utk kita lebih tegar menghadapi musibah...=)


( keheningan pagi Sabtu, 12 sya'ban


ayuh kita laksanakan amanah ini sahabat  

Posted by: aini-mawaddah


saya menyadari dalam menjalankan amanah banyak sekali kekurangan,
tapi mudah-mudahan itu bukan karena kemalasan saya
dan bukan pula karena ketidakkomitmenan saya terhadap jalan ini
kepada Allah saya memohon ampunan atas segala kekhilafan dan kelalaian saya

saya merasa sangat bahagia karena dapat berada bersama sahabat2 saya dalam jalan ini
jazaakumullah khairan katsir kepada semua sahabat2 saya
saya mohon maaf kalau dalam berinteraksi dengan akhwat semua
banyak khilaf yang saya lakukan

mari kita bahu membahu menjalankan amanah dakwah ini...
cukuplah Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu'min yang melihat perbuatan kita

Ya Allah...berikanlah kepada kami keikhlasan hati kami dalam menjalankan amanah ini
Ya allah...Ya Rabbanaa, janganlah engkau siksa kami ketika kami lupa ya Allah

keteladanan seorang murabbi  

Posted by: aini-mawaddah

Bismillah walhamdulillah..
Pernahkah Anda mengalami suatu saat ketika Anda membuka mushaf dan Anda mulai membaca Al-Qur’an kemudian anak-anak Anda datang mendekati Anda sambil membawa buku Iqra’nya lalu mereka melakukan hal yang sama seperti apa yang tengah anda lakukan? Pernahkah Anda mendapatkan mutarabbi (objek dakwah/peserta didik/murid) Anda mengerjakan shaum (puasa) sunnah padahal Anda secara eksplisit tidah pernah menyuruhnya? Hal tersebut dilakukan oleh mutarabbi Anda hanya karena ia mendapatkan Anda juga melakukan shaum sunnah pada hari-hari sebelumnya, itulah buah dari keteladanan.

Ketealadanan adalah cara berdakwah yang paling hemat, bahkan bahasa keteladanaan jauh lebih fasih dari bahasa perintah dan larangan sebagaimaana pepatah mengatakan: “Lisaanul hal afshahu min lisaaanil maqaaal”, bahasa kerja lebih fasih dari bahasa kata-kata. Dalam ungkapan lain keteladanan ibarat tonggak, dimana bayangan akan mengikuti secara alamiah sesuai dengan keaadaan tonggak tersebut, lurusnya, bengkoknya, miringnya, tegaknya. Benarlah pepatah ini: “Kaifa yastaqqimudzdzhillu wal ‘uudu a’waj”, bagaimana bayangan akan lurus bila tonggaknya bengkok.

Oleh karena itu, penting bagi para murabbi (dai/pendidik/guru/orang tua) untuk berusaha semaksimal mungkin menjadi figur murabbi teladan agar keteladanaannya memberi keberkahan bagi perkembangan dakwah dan peningkatan kualitas maupun kuantitas para mutarabbi yang mereka bina. Perhatikanlah kehidupan pendidik ummat Rasulullah saw. Telusuri keteladanan figur murabbi pada diri sahaabatnya, para tabi’in, dan ulama salaafussalih. Kita sungguh tidak ada apa-apanya dibanding mereka.. Tetapi kita dinasihati oleh satu pepatah: tasyabbahu in lam takuunuu mislahum, Innattasyabbuha bil kiraami falaahun, teladanilah meski tidak sama persis dengan mereka, sesungguhnya meneladanani orang-orang mulia adalah satu keberuntungan.

Keteladanan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam.

Sebagai murabbi Rasulullah saw. selalu melakukan pendekatan komunikasi sebagaimana yang direkomendasikan Al-Qur’anm yaitu qaulan layyinan (Thaha: 44), qaulan maysuran (Al-Isra’: 28), qaulan ma’rufan (As-Sajdah: 32), qaulan balighan (An-Nisa’: 63), qaulan sadidan (An-Nisa’: 9), dan qaulan kariman (Al-Ahzab: 31).

Rasulullah tidak pernah menjaga jarak dengan mutarabbinya. Sehingga tidak terjadi kesenjangan psikologis antara mutarabbi dengan murabbi. Hal ini dapat dilihat dari dialog lepas antara Jabir bin Abdillah dengan Rasulullah saw. “Aku pernah keluar bersama Rasulullah saw. pada peperangan Dzatirriqa’. Aku mengendarai seekor onta yang lamban jalannya sehingga aku tertinggal jauh dari Rasulullah saw. Kemudian Rasulullah saw. menemuiku seraya berkata, “Kenapa engkau, hai Jabir? ” “Ontaku, ya Rasulallah, jalannya lamban sekali,” balasku. Kemudian Rasulullah berkata lagi, “Berikan kepadaku tongkat yang ada di tanganmu atau berikan aku sepotong kayu.” Aku berikan kepadanya dan beliau pun memukulkan kayu tersebut secara perlahan ke onta saya. Lalu beliau menyuruhku menaiki onta itu. Demi Allah, tiba-tiba ontaku berjalan dengan sangat cepat, kemudian obrolan berlanjut. Rasulullah saw. bertanya kepadaku, “Hai Jabir, apakah engkau sudah kawin?” “Sudah, ya Rasulallah,” jawabku. “Dengan janda atau gadis?” tanya beliau lagi. “Dengan janda, ya Rasul,” tegasku. “Kenapa tidak dengan gadis saja sehingga engkau dapat bersenang-senang dengannya dan ia dapat bersenang-senang denganmu?” balas Rasulullah saw. dengan nada bertanya. Lalu aku menjelaskan, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku meninggal pada Perang Uhud dan meninggalkanku saudara perempuan sebanyak tujuh orang. Maka dari itu aku menikahi seorang wanita yang sekaligus dapat menjadi pengasuh dan pembimbing mereka.” Kemudian Rasulullah berkata, “Engkau benar, insya Allah.”

Keteladanaan Para Sahabat Radhiyallahu 'Anhu.

Di antara para sahabat yang paling menonjol keteladanannya adalah Abu bakar As-Shiddiq r.a. Bukan hanya karena ia adalah satu-satunya sahabat yang mendapat gelar as-sihiddiq dan juga bukan hanya karena satu-satunya sahabat yang menemani Rasulullah saw. dalam perjalanaan hijrah ke Madinah. Tetapi lebih dari itu, karena Abu Bakar layak disebut sebagai murabbi hadzihil ummah sepeninggalnya Rasulullah saw.

Ketika dua pertiga Jazirah Arab ditimpa gerakan pemurtadan, dalam bentuk pembangkangan tidak mau membayar kewajiban zakat, Abu bakar tampil sebagai pelopor. Dengan ketegasan sebagai murabbi, Abu Bakar menegakkan amar ma’ruf nahi munkar dengan memerangi mereka. Banyak para sahabat, termasuk Umar bin Khattab, masih beranggapan bahwa bukan itu jalan keluar untuk menghentikan gelombang kemurtadan. Abu Bakar langsung memberikan pelajaran kepada para sahabat khususnya Umar dengan kalimat, “Hatta anta, ya Umar, ajabbaarun fil jahiliyah hhawwarun fil Islam? Wallaahi, laa yanqushuddinu wa anaa hayyun, lau mana’uuni ‘uqqaalu ba’iirin yuadduunahi ila Rasuulillah lahaarabtuhu hatta tansalifa saalifaty, sampai engaku juga, Ya Umar. Apakaah engkau hanya tampak perkasa pada masa jahiliyah kemudian jadi ragu pada masa Islam? Demi Allah, tidak akan berkurang agama ini (Islam) sedikitpun selama aku masih hidup, walaupun mereka tidak memberikan hanya seutas tali onta yang harus diberikan kepada Rasulullah, maka tetap akan ku perangi mereka sampaai urat leherku terputus.”

Keteladanan Ulama Salafusshalih

Salah satu di antara mereka adalah Atho bin Abi Rabaah rahimahullah. Beliau memimpin halaaqah (kelompok pengajian) besar di Masjidil Haram semasa Sulaiman bin Abdil Malik menjadi Khalifah. Khalifah sering menghadiri halaqah Atho bin Abi Rabah. Padahal Atho adalah seorang habsyi (negro asal Ethiopia) yang pernah menjadi budak seorang wanita penduduk Kota Mekkah. Atho dimerdekakan karena kepandaiannya dalam mendalami ajaran Islam.

Kapabilitas takwiniyah (kemampuan membentuk pribadi mutarabbi) Atha bin Abi Rabaah dalam mentarbiyah bukan hanya kepada kalangan pembesar dan terpelajar, tapi sampai seorang tukang cukur. Ini sebagaimana dikisahkan oleh Imam Abu hanifah. “Aku melakukan kesalahan dalam lima hal tentang manasik haji, lalu aku diajarkan oleh seorang tukang cukur, yaitu ketika aku ingin selesai dari ihram. Aku mendatangi salah seorang tukang cukur, lalu aku berkata kepadaanya, berapa harganya? “Semoga Allah menunjukimu. Ibadah tidak mensyaratkan soal harga. Duduk sajalah dulu. Soal harga gampang,” jawab tukang cukur. Waktu itu aku duduk tidak menghadap kiblat, lantas ia mengarahkan dudukku hingga menghadap kiblat. Kemudian menunjukkan bagian kiri kepalaku, lalu ia memutarnya sehingga mulai mencukur kepalaku dari sebelah kanan.

Ketika aku dicukur, ia melihatku diam saja. Lalu ia menegurku, “Kenapa koq diam saja? Ayo perbanyaklah takbir.” Maka aku pun bertakbir. Setelah selesai, aku hendak langsung pergi. Lalu ia berkata, “Mau kemana kamu?” “Aku mau ke kendaraanku,” jawabku. Tukang cukur itu mencegahku seraya berkata, “Shalat dulu dua rakaat, baru kau boleh pergi kemana kau suka.” Aku berkata dalam hati, tidak mungkin tukang cukur bisa seperti ini kalau bukan dia orang alim. Lalu aku berkata kepadanya, “Dari mana engkau dapati mengenai beberapa manasik yang kau perintahkan kepadaku?” “Demi Allah, aku melihat Atho bin Abi Rabaah mempratekkan hal itu, lalu aku mengikutinya, dan aku arahkan orang banyak untuk belajar kepadanya,” jawab tukang cukur alim tersebut.

Suatu ketika Imam Abu Hanifah melihat salah seorang mutarabbinya berpakaian lusuh sehingga terkesan tidak enak dipandang. Setelah murid-murid yang lain keluar dari majelis, sehingga tidak ada seorangpun di dalam majelis itu selain Imam Abu Hanifah dengan mutarabbinya tersebut, beliau berkata kepadanya, “Angkatlah sajadah ini lalu ambil sesuatu yang ada di bawahnya.” Setelah diambilnya ternyata uang sebanyak seribu dirham. “Ambilah uang itu dan perbaikilah penampilanmu,” tegas Imam Abu Hanifah. Lalu kata orang itu, “Aku sudah cukup. Allah telah melimpahkan nikmatnya kepadaku. Aku tidak membutuhkan uang ini.” Dengan cerdasnya Imam Abu Hanifah menyanggah omongan mutarabbinya itu, “Jika memang benar-benar telah melimpahkan nikmatnya kepadamu, lalu mana bukti kenikmatan-Nya itu? Bukankah Rasulullah saw. bersabda, ‘Innallaha yuhibbu an yaraa aaatsara ni’matihi ‘ala ‘abdihi, sesungguhnya Allah swt. senang melihat bukti kenikmatan yang diberi-Nya terlihat pada hamba-Nya? Karena itu, sudah sepantasnya engkau memperbaiki keadaanmu agar engkau tidak membuat sedih saudaramu.

Itulah beberapa keteladan yang dicontohkan oleh para pendidik ummat, yang tidak hanya pandai dalam bertutur kata, tetapi lebih dari pada itu ahlak dan keteladannya melebihi ucapan dan tutur kata mereka. Wallahul a’lam ( sumber : Dakwatuna.com)

 

Posted by: aini-mawaddah

Sudah tak tertanggung derita ini, derita ini terus meleraikan air mataku membasahi pipi..kekuatan diri kdg2 sudah tak terdaya utk menanggung pemberat ini..namun cintaMU Ya Allah ku dambakan.. Pasti ada hikmahnya kn? mmg sukar sekali utk meneruskan rantai perjuangan ini..kdg2 ku tersungkur, ku rebah..namun pimpinan cintaMU trus menanti, hinggakan aku kuatkan lgi ayunan langkahku...bait2 ayat cintaMU trus berlegar di benak fikiranku...itulah pengubat lara hatiku...aku tak dibiarkan bersendirian..Kalamullah mjadi peneman..Syukranlillah...insyaAllah aku akn trus mara dan trus mara walau mehnah melanda...ditentang, dihina, dimarah itulah menjadi sumber kekuatan aku utk trus tegar berdiri di jalan ini..dearest sahabat, sungguh apa yg kulakukan adalah demi kesejahteraanmu.,aku tidak sanggup melihat dirimu trus hanyut di dunia fatamorgana ini...demi cintaku padamu sahabat, aku telah dimarahi...demi cintaku padamu sahabt aku telah dituduh mcm2...demi cintaku padaMU YA ALLAH, aku akn trus meniti dan meneruskan perjuangan ku di jalan ini...fastaqim kama umirta

Futurkah kita?  

Posted by: aini-mawaddah


Cuba kita renungkan beberapa situasi di bawah :

1) Seorang sahabat mengirim mesej mengajak kita ke suatu ceramah agama atau penyampaian tazkirah, namun kita tidak mengendahkannya kerana malas ataupun dirasakan tidak penting. peliknya, kita lebih suka hadiri gathering ataupun perjumpaan yang duduk sembang-sembang,ketawa-ketawa. Lebih-lebih lagi bila berikhtilat lelaki dan perempuan.

2) Kita diajak untuk bersama-sama qiamullail berjemaah di masjid. Namun kita berasa teramat berat dan memilih untuk bersedap-sedap di atas katil.

3) Kita diajak untuk menyertai usrah dan kita beralasan dengan banyak komitmen lain seperti study atau ‘bisnes’ yang konon menguntungkan kita.

4) Seorang sahabat mengajak kita berpuasa esok namun kita beralasan nanti sakit perut dan susah hendak study. Tetapi sebenarnya, hati ini terlalu taksub hendak makan.

5) Jika dahulu kitalah yang mengimarahkan surau dan masjid, tetapi sekarang hendak berdiri dalam satu saf untuk berjemaah sudah terasa liat untuk melakukannya. Apatahlagi suka-suka pula solat dihujung-hujung waktu kerana dapat terus tunggu waktu solat yang seterusnya

6) Jika dahulu dalam sehari kita rajin membaca al-qur’an, paling kurang satu muka. Namun lama-lama kita sudah asyik dengan buku-buku sampingan, komik dan main games, itukan lebih menyeronokkan kita daripada menghadap al-qur’an.

7) Apabila orang menasihati kita atau bercakap sikit tentang bab agama, kita sudah berasa mual dan tidak enak. Kononnya tidak mahu jadi jumud sangat, biar Nampak selamba asalkan perkara yang wajib dalam agama kita masih buat. Sudah yakinkah dengan hanya amalan wajib kita dapat masuk syurga Allah?

8) Kehidupan kita semakin tidak terurus dan menjadi lagha. Terlalu banyak ketawa dan senda gurau yang berlebihan . jarang sekali kita mengeluarkan kata-kata yang bermanfaat.

9) apabila kita dirisik cinta si dia, kita mula menjadi lemah kerana melayan si dia. Tidak kiralah mesej mahupun telefon. Hingga nikmat ukhuwah dengan sahabat sendiri terasa pahit tetapi ukwah dengan si dia kita labelkan inilah ukhwah fillah. Cinta islamik ini saudara.

10) Kita sudah mula berasa malas dan tidak serius dalam pelajaran. Tutorial dan assignment sering diambil remeh dan hati terasa berat untuk mengulangkaji pelajaran. Kemudian,sudah mula berfikir bagaimana dapat ponteng kelas.

KEMBALILAH SAHABAT..

Kita bukanlah malaikat yang sentiasa tetap level imannya. Saya juga pernah goyah dengan ujian-ujian dunia. Namun, jika kita terus memilih untuk terus futur dan tidak mahu berubah, tiada siapa yang dapat membantu diri kita lagi.

saya percaya, antara kita ada yang mula bersa insaf dan ingin kembali kepada jalan tarbiyyah. Namun, kita masih gagal kerana hati mula mengeras. Cahaya iman sudah tidak lut untuk menembusi hati. Ada penawarnya sahabat! Korbanlah! Korbanlah! Korbanlah segala kehendak hati yang banyaknya dihasut syaitan. Ambillah suatu waktu yang hening, sujudlah dan dakaplah Al-Qur’an ke dada dan bacalah Al-Qur’an dengan namaNya. Sesungguhnya

“selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati kita”
Marilah kita mula melangkah kepadaNya!

Maafkanlah mereka...  

Posted by: aini-mawaddah

Bismillah walhamdulillah..di keheningan pagi ini, setelah dibaca kisah perang tabuk n buku fiqih dakwah yg berbaki 30 helai lagi ini,tangan ini tiba2 merangkul sebuah buku yg tersergam indah di atas rakku.ika sebelum ini , azamku ingin habiskn buku fiqih dakwah, hari ini mataku terpaut pada buku karya Amru khalid ini..Dengan namaMU aku hidup....buku ini masih gagal ku khatamkan lgi...helaiannya ku buka dan mataku tertumpu pada satu cerita yg kdg2 boleh menitiskan air mata...terlintas pula ingin di share di blog kesayangan ini..hmm...

pernah tak diri kita ini marahkan seseorg? marah yg teramat? hinggakan kalau bleh nk trus putuskan hubungan yg terjalin...apabila seseorg tu wat salah kat kita , kite terus memarahi dia..yg paling teruk kalau kita maki dia..pernah tak situasi ini berlaku?...dan yg paling serius lagi, sejak peristiwa tu berlaku spai skarang kita tak maafkan dia malah tak bertegur sapa ngan dia....kalau pernah jom kita hayati kisah ini....

Nabi S.A.W bersabda, Akan ada dua orang lelaki dari umatku yg bersimpuh di bawah singgahsana Allah S.W.T ( Arsy) kelak di hari kiamat. Salah sorang dari mereka berkata , " Ya Tuhan, ambilkan hakku darinya , sebagai balasan atas kesewenangannya terhadap diriku!"

Alla S.W.T berfirman kepada lelaki yg berbuat sewenang wenang , " Berikan sesuatu sebagai balasan kesewenanganmu terhadapnya!"

" Bagaimana caranya , wahai Tuhan?", tanya si zalim

Tuhan berfirman , " Berikan padanya sebagian dari amal baikmu!"

Lelaki zalim berkata , " Wahai Tuhan , jika demikian, maka habislah kebaikanku."

Alah SWT berfirman kepada lelaki yg dizalimi , " Jika itu yg engkau kehendaki, maka habislah kebaikannya."

Lelaki yg dizalimi berkata " Wahai Tuhan, ambillah sebagian dosaku dan jadikan dosa itu sebagai tanggungannya!"

Allah SWT berfirman ," Tidakkah engkau menghendaki sesuatu yg lebih baik dari itu?"

"Apakah gerangan yg lebih baik itu, wahai Tuhan?" tanya lelaki yg dizalimi

Allah SWT berfirman, " Lihatlah istana itu!"

maka ia melihat sebuah istana indah nan megah di surga yg belum pernah ia lihat sebelumnya.

Lelaki itu bertanya ," Wahai Tuhan, istana siapakah itu? Istana Nabikah ata istana Syuhada' manakah ?"

Allah SWT berfirman, " Istana itu milik siapa saja yg sanggup membayar ."

Lelaki itu bertanya kembali ," Wahai Tuhan , siapakah kiranya yg sanggup menghargai istana itu?"

Allah SWT berfirman , " Engkau akan memilikinya."

" Bagaimana wahai Tuhan ?", ia bertanya

Allah SWT berfirman , " Dengan maaf yg engkau berikan kepada saudaramu yg berbuat sewenang wenang terhadapmu!"

Serta merta lelaki tu mengatakan , " Aku memaafkannya Ya Tuhan, aku memaafkannya!"

Allah SWT berfirman, " Genggamlah tangan saudaramu itu dan masuklah kalian ke syurga!"

Subhanallah....sahabat2...begitu sekali Allah mecinta maaf di kalangan para hambaNYA..Namn kita? terlalu sukar utk meminta maaf apatah lagi memberi maaf...btul kn...jadikanlah kisah tadi sebagai iktibar n sumber motivasi utk kita..Jika bgitu tinggi kurniaan Allah pada hambaNYA yg memberi kemaafan, adakah kita sudah sudi memaafkan semua org? Apakah anda akan memaafkan org yg telah mnyakiti hati anda?

YA ALLAH.. sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau mencintai maaf , maka ampunilah kami!"

Katakanlah pada Allah SWT, " Ya Tuhan , aku bersaksi bahawa sesungguhnya Engkau Maha Pemurah, Engkau Maha Agung dan Engkau Maha Pemaaf. Aku adalah hamba-MU yg lemah , tetapi aku telah memaafkan org , maka maafkanlah hamba-MU yg fakir ini"!

Berbahagialah yang Syahid  

Posted by: aini-mawaddah

ولا تحسبن الذين قتلوا في سبيل الله أمواتا بل أحياء عند ربهم يرزقون .

Maksudnya : Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sedangkan mereka itu tetap hidup di sisi Tuhan mereka dengan diberi rezeki.

(Ali Imran : 169-170)

.

Sungguh berbahagia yang syahid,

Martabatnya sungguh mulia,

Matinya sungguh bermakna,

Imannya sungguh luar biasa…

Jangan disangaka mereka mati;

Namun mereka tetap hidup,

Hidup bersama semangat dan teladannya,

Yang disusul jundullah lainnya,

Semangat Jundullah akan terus membakar citanya ,

Sehingga syahid menjelma..

Syahid....

Hanya mereka yang terpilih meraihnya,

Hanya mereka yang berkorban perolehnya,

Hanya mereka yang ikhlas bersamanya,

Semoga kita jua kan bersama dengannya... ......



Shaffix-Keimanan  

Posted by: aini-mawaddah



shaffix-keimanan

Akan ku jejaki cinta yg hakiki  

Posted by: aini-mawaddah

Wahai Kekasihku,andai hatiku jauh dariMu

Ingatkanlah aku tentang pertemuan kita dalam surat cintaMu

Agar aku kembali dekat denganMu

Andai diri ini mengagungkan cinta hambaMu

Tegurlah aku sesungguhnya cintaMu adalah cinta yang hakiki

Agar aku tidak lagi menduakan cintaMu

Saat kaki ini melangkah tanpa redhaMu

Peringatkanlah daku wahai Kasih tentang matiku

Agar kembali tertuntun langkahki menuju jannahMu

Akan daku sambut kasihMu wahai Kekasihku

Dalam hening malam penuh syahdu

Namun alangkah hibanya kurasa

Andai malam ini bukanlah daku menjadi tamu pilihanMu

Siapa yang tidak cemburu

Andai insan lain dapat sambut cintaMu

wahai Kekasihku

sedangkan aku???

Langsung tidak mengendahkan kehadiranMu tika saat itu

Duhai hati yang berbolak balik

Diamlah kau disana

Agar aku sentiasa bisa merasakan rindu dan cinta Kekasihku

Agar aku mampu sambut cintaNya

Saat dingin setiap malam

Ya Khaliq,sungguh Engkaulah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Suburkanlah hati ini dengan ma'rifatmu

Agar diriku sentisa terpandu menghala tuju yang satu

Ilahi..anta maksudi.!

Kehairanan malaikat maut  

Posted by: aini-mawaddah

Bismillah walhamdulillah....di kesempatan ini , ana ingin berkongsi sedikit taujih yg semoga dgnnya dapat kita mengambil sedkit pengajaran dan intipati yg dapat memandu kita dalam menggapai keredhaan Allah.....

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya malaikat maut melihat wajah manusia setiap hari sebanyak 70 kali . ketika seseorang tertawa di hari di mana rohnya akan dicabut, maka alaikat maut berkata kepadanya, Wahai Fulan, sunguh kamu org yg sangat mengagumkan. Aku telah diperintah utk mencabut nyawamu namun kamu malah tertawa."

Abu Farji al- Jauzi memberikan tanggapan atas hadith di ats." Sungguh sangat mengherankan bgi org yg sudah ditetapkan kematian bgi dirinya dan dia yakin dengan kematian tersebut namun tertawa dan dengan senang hati melakukan perbuatan dosa.

Ya, inilah yg sbenarnya yg terjadi dikalangan masyarakat sekarang..semua org thu yg kita semua pasti akan dijemput oleh malaikat sakaratul maut, namun masih bnyk lgi gejala maksiat, jenayah, keruntuhan akhlak, couple, etc yg menghantui masyarakat sekarang.. Di manakah kesedaran sebenarnya? tidakkah kita mengharapkan utk mati dalam husnul khatimah? jika kita mengharapkannya, apa yg kita lakukan utk mendapatkannya?ayuhlah , sedarlah...kematian pasti akn mendampingi kita...

Wahai hamba Allah, kita pasti tidak thu bila ajal kita bakal menjelma..so dgn itu kita mestilah always be prepared kn...

" Dan setiap umat mempunyai ajal ( batas waktu). Apabila ajalnya tiba , mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun . ( surah Al A'raf ayat 34)

Dalam Al Quran , Allah telah mengingatkan hamba hamba NYA akn kematian yg pasti...tapi manusia sering lupa..apbila lupa perlulah diingatkan kembali...janganlah kita terlalu mengikut keinginan nafsu kita..

Janganlah kalian tertipu dengan angan2 dunia. bersungguh sungguhlah seakan kematian bakal menjemputmu sebentar lagi, di waktu pagi atau petang nanti. wahai saudara saudaraku, yakinlah dan tancapkan di hati bahawa kematian benar2 akn sgera menghampiri. Tapi, mengapa kamu masih lagi tidak berjalan di ats titian ILAHI..??

Akhirnya diri ini bebas...  

Posted by: aini-mawaddah

Assalamualaikum ...salam mawaddah buat semua...agk lama diri ini menyendiri dek kerana terlalu bz dgn komitmen2 lain..hari ini, Allah telah mempermudahkan urusan diri demi berada di laman maya ini utk menitipkan setitis titisan taujih yg agr dgnnya kita dapat sedikit ibrah (pengajajaran) darinya...

bagaimanakah khabar iman anda hari ini? adakah stil maintain? makin bertambah? berkurang? biase2 je? hmm mcm2 jawapan yg bisa kita lantunkan namun hanya Allah yg bisa menginterpret bagaimana keadaan iman kita kn...hmm diri ini hanya bisa mendoakan agar kita semua trus berada di jalan ini..pernahkah kita mengalami di mana suatu harinya kita merasakan diri kita kosong? study pn tak lekat di kepala apatah lgi solat tak memberi kesan di jiwa..bacaan Al quran sudah lngsung gagal menyentuh hati kita? satu saat di mana sudah sebulan kita gagal bngun di tengah malam utk bertemu kekasih kita? pernahkah sahabat2? pernahkah jua diri anda mengalami di mana anda sudah tidak sensitive dgn pkara yg blaku disekeliling anda? satu saat juga anda mula mghbiskan masa dgn menonton cerita2 yg langsung tidak menambahkan cinta anda pada Allah? pernahkah??pasti pernahkan? ye la kn setiap org pasti ada saat dimana imannya makin berkurang...namun adakah ini menjadi marker utk kita lebih menjauhkan diri dri Allah? adakah ini bisa merenggut cinta kita pd Allah? Adakah kita ingin menjadi golongan yg rugi seperti ini?...

Janganlah sahabat2 ..jangan sesekali iman kita berkurang dan terus berkurang..bila lgi kita ingin menambah iman kita? jika kita bleh menambah bekalan kredit fon kita, knapa tidak iman kita? jika bateri laptop memerlukan rechargeable, iman kita pn sgt2 memerlukannya...tidakkah kita malu , jika kita sentiasa mengaku cinta pd Allah, namun kita sering melakukan perkara yg tidak menjadi bukti cinta kita padaNYA? jika setiap hari kita dilimpahkan dgn pelbagai kurnia yg sebagai betapa Allah mencintai kita, bila kah masanya kita ingin membuktikan betapa cintanya kita pd Allah? Umur kita tidaklah terlalu pnjg..even kita mmg tidak pernah thu bilakah masanya kita akn dijemput Allah utk bertemu dgnNYA? Sudahkah kita bersedia dgn bekalan2 utk bertemu dgn Allah? jika ditanya wahai hambaKU apakah amalanmu ketika di dunia? mampukah kita tersenyum utk menyatakan bekalan amal kita ketika menjadi musafir di dunia sementara ini? bekalan kita sudah cukupkah utk menjanjikan syurga pd kita sahabat2?

pernah sekali sahabat seperjuangan bertanya pd diri ini, Aini knapa result saya tidak cemerlang? adakah kerana terlalu bnyk dosa saya pd Allah sehinggakan Allah tidak memberi kputusan yg cemerlang pd saya? Tidak shbt2, Allah tidak akn membebankan hambaNYA melainkan dgn kemampuan hambaNYA sendiri..ini hnyalah sbg ujian dri Allah...ujian yg di mana dapat melatih diri kita mnjadi seorg yg sabar dan redha dgn ketentuan Allah..setiap ujian yg melanda diri, adalah sebagai salah satu bukti betapa Allah mencintai kita..Bisakah begitu? ya mmg bisa...kerana dek kerana ditimpa masalah lah kita akan mula kembali menjahit iman kita..kita akn mula mendekatkan diri pd Allah..memohon dan berdoa pd Allah ...btul kn? dan ketika ditimpa ujianlah kita akn mula mngis dan merindui Allah..solat kita akn btambah khusyuk begitu juga pgantungn kita pd Allah akn makin btambah....bnar kn??

kdg2 diri ini terasa lemah krn tidak bisa menegur kawan2 yg kian jauh dri Allah...i'm totally fail..agk sukar utk menegur kawan yg dekat dgn kita...terasa sgt sebak ..terbuku di dada..bygknlah di depan mata kita, dia berdua duaan keluar dgn psangannya..bru sahaja berjuang di medan imtihan...jika sepanjang berada di medan imtihan final, kita tidak putus berharap supaya dikurniakan cgpa yg cemerlang, diberi ketenangan hati utk menjawab exam..tapi setelah selesai perjuangan , trus kita melakukan maksiat pdNYA..tidak malukah kita? malulah kita dgn keadaan diri kita ini...cuba bygkn , jika di saat kita mlakukan pkara sedemian, dan pd saat itulah malaikat Izrail dtg menjemput kita? apakah yg kita akn jawab di depan Allah nti?

Ya Allah ampunilah dosa2 kami ..sesungguhnya kami merupakan hamba yg sentiasa lalai dri mengingatiMU..kami thu , cinta kami hanya sepatutnya kami serahkan padaMU , sbg cinta pertama kami, tpi kami sentiasa dibuai dgn keindahan duniawi..keindahan yg hnya sementara...

sahabat2, ingtlah yg kita hanya sebagai seorg musafir di sini...sisa2 umur yg terbaki ini gunakanlah utk meraih MARDHATILLAH ykni keredhaan Allah..jgn biarkan kita hnyut dengan arus kemodenan..jika kita bisa mghabiskan masa berjam2 menonton wayang, menonton video kenapa pula kita tidak bisa utk mmbaca Al quran dan mentadabbur isi2 nya? jika kita bisa menangis kerana tersentuh dgn jalan cerita atau pn movie2, kenapa kita tidak bisa menangis utk merintih pd Allah? Allah sgt merindui rintihan kita..Jika di sepertiga malam, Allah akn turun ke dunia utk melihat adakah hambanya yg sedang memohon ampun pdNYA, di manakah kita pada saat itu? adakah kita berada di tikar sejadah , sedang bermunajat pdNYA? ataupn kita sedang asyik menonton bola? tidur di katil yg empuk? di manakah kita sahabat2?

utk sahabat2 yg akan melalui cuti yg lama, tiga bulan kn, haraplah kita dapat mengisi masa kita dgn sebaiknya..mulalah plan dri sekarang apa yg antunna nk lakukan di rumah nti? jgnlah biarkan masa yg lapang itu memudaratkan iman kita ea...jadikanlah iman kita sentiasa melimpah2 agar bisa dicurahkan pd keadaan sekeliling kita...buktikanlah yg kita merupakan hamba yg mensyukuri nikmat2 Allah...

penantian untuk Jaulah to Jakarta  

Posted by: aini-mawaddah

Bismillah walhamdulillah...dengan segala rahmat dan izinnnya dapat juga ana menjejakkan kaki ke UIA gombak..wlaupn sebelum ni dah dtg, tpi sempat bermalam je..pagi2 dah bertolak ke destinasi lain..Alhamdulillah, hari ini ana dan akhawat ln telah diberi kesempatan untuk bermalam di sini sebelum bertolak ke Jakarta esok..mcm2 perasaan timbul utk jaulah ini..gembira, excited, tpi takut pn ade..hehe...
insyaAllah utk next pose, akan ana kongsikan pengalaman berada di Jakarta...Skang ni berkarya di iium library...sambil2 membuat report pharm analysis..bnyk jugak report perlu disetelkan sebelum berangkat ke sana...Akan diusahakan sedaya mungkin...sebenarnya tdi agak kagum dgn facilities kat cni..kalau diikutkan, mmg student kat cni dah tak perlu outing..hehe..semua kelengkapan dah cukup kt dalam uia je...jalan pnye jalan hingga kepenatan, akhirnya barulah mengerti n memahami sesungguhnya uia kuantan lgi best..walaupun tak cukup facilities, tpi tak perlu bnyk berjalan..sepanjang berada di uia kuantan tidak pernah merasai keletihan seperti tadi..hmm...Inilah maksudnya..yg semua yg berlaku msti ade hikmahnya.setiap yg baik mesti juga ada kelemahannya....n Allah thu yg terbaik untuk kita walau kita tak menyukainya...Yg penting skang kita kna sentiasa bersyukur dgn segala kurniaan Allah berikan pd kita..Alhamdulillah ala kulli hal...

menahan hiba...jgn mngeluh wahai diri  

Posted by: aini-mawaddah

Salam ukhuwah..salam mahabbah...salam mawaddah....
kaifa imanuki? ape khabar iman? moga2 sentiasa dalam inayah dan limpah hidayahnya...

Hmm...hati ini masih merindui akhawat2 ..rase skejap sgt masa berlalu kt daurah mgu lpas...tak smpat nk bertnye kabar ngn semua org...kak an trima ksih sgt atas perkongsian akak...mmg sgt diakui tugas yg dipikul sgt berat...kdg2 terasa sgt kletihan..kpenatan..dgn assignment yg menanti..revision yg ternanti2...Tapi Alhamdulillah ala kulli hal...Allah sentiasa mempermudahkan urusan...rupa2nya inilah yg akak2 alami semasa mendidik kami kn? Subhanallah...Bgitu skali erti pngorbanan akak2...Buat k.su, k.wani,..trima ksih .trima ksih yg tak terhingga utk sentiasa mdokong kami .terkenang perjuangan Rasululah dan para sahabat yg tidak pernah kenal erti pnat lelah dan putus asa dalam mnyebarkan ISLAM...Ya Rasulullah diriMU bgitu agung.......kalau dulu diriku , hnye mjadi pnerima, tpi skang sudah mnjadi pnerima dan pemberi...rase diri blum layak n bnyk lgi yg perlu diimprovekan....

Buat adik2 yg akak sayangi, akak syg adik2...semoga hati kita sentiasa terpaut dalam ikatan ukhuwah ini hnya krn ALLAH..

Untuk menyeru seseorg ke arah kebaikn, hendaklah kita mengubah diri kita dlu..Ya..kita kna biarkan Allah mnyentuh hati kita dlu brulah kita bleh mnyentuh hati org ln... Barulah, Apa yg kita ucapkan akn memberi kesan pd org ln...sesungguhnya, peranan hati yg bersih dri sebarang bntuk noda hitam dan kemaksiatan amt pnting..Hati2 yg mencintai Allah akn berusaha utk melawan hasutan syaitan..akan berusaha utk mlakukan apa yg Allah cintai...Hati yg dekat dgn Allah tidak akn mudah terpengaruh dgn kehidupan dunia...pujuk rayu manusia...Wahai akhawatfillah...same2lah kita mujahadah...kuatkan diri teguhkan iman...jgn mudah mngalah...Allah sentiasa bersama kita...Ya , kita skang ingin meneruskan rantai perjuangan ISLAM....AYOH... BERSEMANGAT......!!!!!!!!!


Salam juang,
Ingatlah
Hidup ini tidak mengenal siaran tunda.

Hidup adalah momentum,,,  

Posted by: aini-mawaddah

Salam ukhuwah buat sahabat2 yg sudi berkunjung ke medan juang yg tak seberapa ini...Alhamdulillah, segala puji bgi Allah yg Maha Pemurah lgi Maha Penyayang, Pengurnia nikmat yg tanpa henti2 kpd hamba yg dhaif ini, sekali lgi sempat jugalah untuk berkongsi karya dgn sahabat2 smua..Alhamdulillah, selama seminggu lbih , sudah berhempas pulas utk menghadapi exam, malam yg damai ini , Allah tlh memberi pluang utk singgah di sini skejap...Hmm ttg exam...Alhamdulillah ala kulli hal, bersyukur sgt2 dapat mnghadapi exam dgn tenang..Yg cemerlang atau kurang cemerlang sudah menjadi lumrah...Yg penting adalah buat yg terbaik, n perbaiki klemahan yg ada..Yg paling2 penting doa dan tawakkal pd Allah.. Allah thu yg terbaik untuk hambanya kn

..Hmmm...sejak beberapa hari lepas lgi tgn ni asyik nk menaip di sini...tpi dek kerana komitmen exam perlu ditangguhkan dlu... berbalik kpd topik perbincangan...seperti yg tertera di atas...Hidup adalah momentum adalah tajuk karya utk kali ini... Tajuk ini ana dapat dri sebuah buku yg bertajuk HIDUP TIDAK MENGENAL SIARAN TUNDA...

Sebenarnya hati agak terkilan kerana tidak dapat mengikuti kuliyah sirah malam ini.. Ada kemusykilan yg tak dpt dielakkn... Allahu Ya' lamu Ma La ta' Lamun..Berbaik sangkalah...mesti ade hkmah di sebalik ini semua..Kepada sahabat2 yg berpeluang mgikuti kuliyyah, minta sgt2 agr dikongsikan ilmu yg sahabat perolehi ea..Dgn berbekalkan azam yg tinggi, insyaAllah minggu depan akan diusahakan utk berkuliyyah sirah..:)

Hidup adalah momentum? Apa maksud bait2 ayat itu ea? kalau dulu , tajuk momentum merupakan tajuk penting di sekolah menengah...Teringat lgi mula2 belajar fizik dulu..Untuk mengetahui maksud scientific momentum ni bolehlah rjuk buku skolah adik2 ea..:)

Yg ingin diperkatakan di sini adalah mengenai masa.. Setiap potongn waktu adalh momentum, setiap penggl maSA adalah kesempatan, Masing 2 mempunyai nilai dan kepentingn yg tersendiri..Apakah maksudnya potongan waktu adalah momentum? Ia sebenarnya diibaratkan sebagai pelontar di mana dapat melemparkan diri kita ke puncak sukses / kejayaan...atau melemparkan kita ke arah kegagalan? Yg mana yg kita mahukan? Hmm sah sahlah kita nak ke arah kejayaan kn?...

Tpi apa yg kita lakukan untuk mencapai kejayaan itu? adakah cukup sekiranya hanya bergelar student dean list? Utk exam, sanggup kita hbskan masa kita utk berada di depan buku berjam2 lamanya...sehinggakan makan pn depan buku, solat...? di akhir2 waktu..solat bjemaah? lgilah susah...baca quran? qiyam? tangguh sekejap ..lepas exam bru buat...Inikah maksudnya kejayaan yg kita semua kejar n cita2 kan? Adakah anda yakin anda akan mendapat dean list jika hanya belajar semata2 tanpa pergantungn pd Allah? Cukupkah? Ingatkah siapa kita di atas muka bumi ini? Tepuk dada tnye iman

Why not, sbg student kita cia citakan dean list selari dgn cita2 kita utk mendapatkan DEEN LIST? ya student dean list akan dikenali n dipandang tinggi..tpi tidak mahukah kita jika kita mendapatkan DEEN LIST, Allah akan sentiasa di hati kita, Para Malaikat akan mendoakan kita malah hidup kita akan lebih peroleh barakah yg melimpah...Syurga menanti kita...Tidak maukah kita mempunyai cita2 utk bertemu Rasulullah S.A.W ? Tidak mahukah kita berjumpa dgn kekasih Allah..Rase tersentuh sgt dgn lirik lagu Maher Zain yg bertajuk The chosen One,

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

Indahnya saat di mana kat akhirat nanti, kekasih Allah berada d hadapan kita ..bukan setakat tu, dgn penuh kesenyuman menyambut kita...Dapatkah sahabat2 bygkan suasana seumpama itu...Subhananallah...

Untuk menyeimbangkan kehidupan kita , hidup adalah momentum perlulah menjadi perisai hidup...Momentum di dunia dan yg paling paling penting sbg bekalan di akhirat nti...Di mana pada masa itu, setiap org akan dipertanggungjawabkan utk amal ibadah sendiri...

Memaknai hidup seluruhnya sebagai momentum, adalah dengan bagaimana kita mengerti istilah rugi dalam kehidupan kita, yakni apabila kita menyia nyiakan hidup.. Itulah yg bisa kita rasakan dari firman Allah surah Al' Ashr ayat 1-3


Hidup sebagai momentum, sebenarnya akan melahirkan individu yg berkualiti, yg boleh manage time dgn berkesan, yg seimbang dalam segala aspek, malah boleh membawa kepada pembangunan ummah..Jika kita renung sejenak, cuba kita pikirkan apa yg berlaku di kalangan anak2 muda sekarang? Hmm...inikah budaya Islam yg sebenarnya? Ingin berkongsi satu pengalaman dakwah Tour pd malam New Year di Benteng , kuantan...pengalaman yg memang sgt memberi kesan di hati..di mana pada masa itu, hanya Allah yg thu betapa berat mata memandang keadaan masyarakat di sekeliling...Terasa diri sgt lemah ...Tpi diperkuatkan hati juga utk mendekati mereka pd masa itu...Sekali lgi hati merintih apabila dipertemukan dgn 2 org adik yg bgi ana sgtlah baik, cuma mereka terpengaruh dgn keadaan sekeliling.. Ibu bapa mengabaikan mereka, hanya rakan2 menjadi teman mengadu...Inilah peluang terbaik utk DF...Alhamdulillah still in connection with adik2 ...pd malam itu juga, dri pukul 12 mlm hinggalah jam di hnfon menunjukkan jam 3 pgi, msih ramai pemuda pemudi yg berpeleseran di sana..pasangan romantik yg kapel...boleh dikatekan kuasa infiniti kot..ramai sgt...Tpi yg ana pelik, pd malam itu, majoriti anak2 remaja melayu yg ramai...golongan kaum ln boleh dikira dgn jari je...Inikah nasib adik2 remaja skang? Inikah pemuda islam yg dinantikan?

Memang kita terasa berat untuk mengubah keadaan ummah dalam sekelip mata...Tapi ,teringat ana dalam buku GHAYYIR NAFSAKA (UBAHLAH DIRIMU) karangan Amru khalid, mulakan dengan dirimu...Bagaimana ingin mengubah keadaan Ummah? cara plg mudah... Ya bermula dgn diri kita...Mulakan titik2 perubahan ke arah kebaikan dalam diri kita..Jika setiap individu ada kesedaran mengenai tanggungjawab ini, maka tidak mustahillah keadaan ummah akan beransur ke arah kebaikan..

Ibnul Qayyim memberi nasihat, "Orang yg berakal mengerti bahawa dunia ini tidak diciptakan hnya utk mencari kesenangn di dalamnya. Karenanya , dalam kondisi apa pun ia harus konsisten dalam menggunakan waktunya secara tepat."

Apa apapun, hanya yg mengerti n mahu berfikir bisa memahami apakah kepentingan dalam momentum hidup..Dgnnya insan yg berkualiti bisa terlahir.. Kita perlu sedar, setiap saat n waktu yg kita sedang or akan lalui, merupakan aset berharga yg bergantung pada seseorang utk bagaimana dia mengisi or menjalaninya..Setiap waktu yg kita ada ada haknya...bagaimana kita memenuhi haknya?? Adakah dengan apa yg kita lakukan itu lbh membuahkan cinta kita pd Allah ataupn semakin jauh kita dariNYA...

Bagi rx-7 yg bru selesai mid sem, ayuh kita gnakan masa yg akan mendatang dgn sebaiknya..jgn terpengaruh or terhanyut dengan sedikit masa yg lapang ini..Mungkin ada hikmah di sebalik kita tiada cuti utk mid sem...

Ingatlah,
HIDUP TIDAK MENGENAL SIARAN TUNDA
JIKA ADA SBARANG KEBAIKAN YG KITA INGIN LAKUKAN<>>>JANGAN TANGGUH2

Salam Ukhuwah
Salam Mujahadah
Salam kemaafan jika ada yg terkasar bahasa


Dri bumi Uia
campus Kuantan

Open your eyes....  

Posted by: aini-mawaddah

Title: Open your eyes

Munsyid: Maher Zain

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..


Sometimes.....  

Posted by: aini-mawaddah


Kadangkala...
Pagi ini mata tersangat berat,
namun saat itu juga tanggungjawab tak pernah kurang,

Kadangkala,

ingin sahaja menutup telinga dengan bantal,
aku ingin berehat sebentar,
namun kata Iman,
Bangkit, rehatmu sudah panjang, masa untuk berjuang.

Kadangkala,

Ingin sahaja kaki ini berhenti melangkah,
penat kuliyyah seharian belum jua hilang,
namun kata Iman,
Usrah!Usrah! segarkan iman!

Kadangkala,

Ingin sahaja berlama merenung bulan,
agar hilang sedikit kekalutan,
namun kata Iman,
Cukup! Tugasan dakwah belum lagi diuruskan.


Kadangkala,

Ingin MC dari Ta'lim, Usrah dan Daurah,
Kerana tuntutan dakwah melebihi kudrah,
Namun kata Iman,
Mesti kuat, umat perlu diselamatkan.


Kadangkala,

hati ini banyak merungut dari muhasabah,
tuntutan semakin payah, jihad semakin lemah,
namun kata Iman,
Sabar, Ini sunnah berjuang.


Kdangkala,

Mata ini berpinar mentafsir keadaan,
Memahami antara tujuan dan rintangan,
namun kata Iman,
Aku tidak hanya hidup di hati, tapi juga perbuatan.


Itulah...

kadangkala...

Namun,

Kadangkala itu harus pergi, jangan biar selalu kembali,
Teruskan hidup menjulang misi nabi,
Kerana Rasulullah sentiasa menemani,
dalam sunnahnya yang masih diwarisi.

Kak Raihan... Jazakillah kak..
(Al fahmu)


Know your medicine

Detik yg kian Berlalu