Karena cinta ku padaMU
PostedWahai diri,
Kerna cinta Ilahi,
Akan ku cari jalan kepenatan,
Akan ku redah ombak kesusahan,
Akan ku pilih hidup kemiskinan,
Akan ku biar lorong kesenangan.
Kerna cinta Ilahi,
Aku sanggup tiada habuan,
Aku sanggup tiada bayaran,
Aku rela tiada sanjungan,
Aku tegar tahan kelaparan,
Aku redho hilangnya kemewahan.
Kerna cinta Ilahi,
Aku tiada lagi pilihan,
Memilih sunnah penciptaan,
Yang mencipta memberi arahan,
Yang di cipta akur pada arahan.
(moga kader2 dakwah semua sentiasa beringat bahawa tiada apa yang lebih memuaskan diri dan jiwa kita selain redha can cinta dr Allah.. usahlah kejayaan kita diukur dengan bilangan pengikut kita, sebaliknya di manakah diri kita di hadapan Allah kelak.. Adakah nama kita sentiasa di sebut di langit Allah, ataupun kita sekadar terkenal di bumi, tetapi sekali pun tidak menjadi perbualan antara malaikat di langit.. moga redha Allah di cari, bukan redha nafsu dan manusia.. ikhlaskan niat)....semoga setiap perkara yg kita lakukan diterima Allah.....bertintakan harapan demi menggapai cinta yg satu..cinta ILAHI...
Janganlah
Berlarian ke sini,
Berkejaran ke sana,
Berterbangan ke merata,
Letih, tetapi kosong belaka.
Tampak hebat di dunia,
Disebut namanya di merata,
Walhal di langit dikutuk hina,
Kerana memang dunia dicarinya.
Mungkin bermula kerana Yang Esa,
Namun hujungnya mencari nama,
Rosak punah peluh dan derita,
Yang tinggal untuknya adalah dosa.
Lesap sudah hak Pencipta,
Kerana diberi kepada manusia,
Tinggallah hanya neraka buatnya,
Hak hakiki untuk si bangga.
(astaghfirullah.. terkadang risau, adakah segala amalan ini untuk manusia? ataupun ikhlas kerana Allah SWT? jika kerana Allah, tidak erti bangga, mencari nama, kerana hanya redha dan ganjaran Allah dicari selamanya.. moga semua kader2 dakwah sentiasa memperbaharui niat kerana, rosaklah amalan dan letihnya tika nama dan bangga yang dicari..muhasabah buat semua)...Keyword di sini: perbaharuilah niat antunna....