Halwa Telinga



Create a MySpace Music Playlist at MixPod.com

Bismillahirrahmanirrahim...segala puji bgi Allah kerana memberi kite semua kesempatan utk merasai nikmat Ramadhan hingga hari ini...hari ini dah msuk hari kelima berpuasa..pejam celik pejam celik dah nk smpai seminggu kite berpuase...sekejap je rase..dari waktu bersahur hingga berbuka itu...terase sgt singkat...btul tak? hmm camane iman kite hari ini?naik ke turun? ke statik?hehe...tepuk dada tnye iman....semoga kite memaximizekan pluang Ramadhan kali ini semaximizenya dan sterusnya kite istiqamah utk bulan selepasnya..insyaAllah... Semalam on the way bjalan kaki slepas trawikh kat masjid Negeri tibe2 mata terpaut pada sebuah buku,,,Buku itu hnya kcil sae tpi entah kenapa agak lame memandang buku itu...buku itu berjudul Wo ai ni Allah ( saya cintakan Allah)...subhanallah...indah btul kalimat itu...tetapi oleh krn buku itu adalah novel dan diri ini tidak meminati novel so tidak jadi utk membelinya lalu berinisiatiflah utk berkarya di sini...hehe.... Saye cintakan Allah..Pnah tak kite membuat pengakuan kpd siape2 kite cintakan Allah?cinta tak kita pd Allah? Ape yg telah kite buat utk kita buktikan yg kita cintakan Allah? sudah ckupkah bukti itu? Subhanallah...
Nabi bersabda
" Sesunnguhnya ika Allah mencintai hamba -Nya, ia akn memanggil Jibril seraya berkata , " Wahai Jibril Aku mencintai si Fulan maka cintailah ia.' Mka Jibril pn mencintainya lalu ia Jibril menyeru penduduk langit , " wahai penduduk langit , sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah ia'. Maka penduduk langit pn mencintainya sehinnga ia pn dijadikan-Nya diterima ( dicintai ) penduduk bumi." ( HR BUKHARI DAN MUSLIM)..
Cuba ite imbas balik hadith ini..bagaimana ALLAH S.W.T mengumumkan cintaNya Pada hambaNya..kite bagaimana? Sebahagian manusia malu utk menyatakan kepada sahabatnya " Kami sgt mencintai Allah S.W.T kerana tkut direndahkan atau dipandang serong...Nauzubillah..
bnyk tanda2 yg menggambarkan bagaimana seorg hamba itu mencintai Allah..
Masjid Negeri di Pahang....
Tanda-tanda awal:- 1. Solat tidak lagi menjadi perkara berat untuk dilaksanakan sebaliknya akan sangat mudah dan dinanti-nanti waktu hadirnya.
2. Mula merasa menunaikan solat sesuatu yang mengasyik & menenangkan jiwa & fikiran sehingga sangat seronok untuk melakukan sebanyak-banyaknya seperti seorang kekasih yang seronok untuk menatap dan mengadu kepada kekasihnya dengan sebanyak-banyaknya
3. Zikir kepada ALLAH adalah menjadi kata-kata yg paling digemari walaupun kadang-kala terlalai atas urusan duniawi
4. Kurang bercakap atau tidak bercakap yang sia-sia (bercakap bila perlu sahaja)
5. tiba-tiba hilang perhatian kepada material duniawi seperti kalau dulu suka berbelanja atau bersuka-ria atau suka kepada hiburan maka kini mula
menjauh diri kerana hilang minat sebaliknya lebih suka menyendiri dan muhasabah diri
6. sering menangis bila mengingat dosa yang pernah dilakukan sekalipun sangat kecil
7. sering menangis kerana takutkan azab neraka yang tidak mampu menahannya
8. sering mengingati bagaimanakah keadaan menghadapi azab kubur
9. sering merasakan bahawa nyawa akan dicabut malaikatmaut pada bila-bila masa saja
10. tidak runsing atas segala yang berlaku pada dirinya samada masalah atau musibah yang datang melanda kerana percaya atas apa yang ALLAH kehendaki ke atasnya adalah kebaikan
11. sentiasa bersyukur tetapi bimbang saat menerima nikmat ALLAH yang merupakan satu ujian menguji keimanan diri
12. sering khuatir tindakan yang dilakukan pada setiap waktu apakah diberkati dan dirahmati ALLAH atau dimurkai Tuhan
13. sering merasakan musuh paling utama adalah diri sendiri yang mempunyai sifat2 mazmumah yang sukar dibendung dan dikawal
14. tiap saat merasakan telah melakukan banyak kesalahan dan dosa
15. sentiasa meminta ampunan dari ALLAH dan yakin bahawa ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
16. sering muhasabah diri pada setiap hari dan malam
17. lain-lain perkara yang tidak disebut. Wallahu’alam
Tanda-Tanda Telah Mencintai ALLAH
1. Solat bukan lagi semata-mata kerana perkara fardhu yang wajib tetapi adalah perkara yang dinanti-nanti dan dirindu pada setiap saat seperti seorang kekasih yang rindu untuk bertemu kekasihnya
2. Zikir bukan lagi semata-mata kerana sunnah yang dituntut melainkan kerana perasaan asyik dan tenang jiwa bila menyebut nama ALLAH yang Maha Agung seperti seronok dan asyiknya seorang kekasih menyebut nama kekasihnya
3. Nama ALLAH sentiasa disebut-sebut di dalam hati, fikiran dan sanubari sehingga terbawa-bawa dalam tidur juga menyebut namaNYA seperti seorang kekasih yang selalu bermimpi dan mengigaukan kekasihnya sewaktu beradu
4. Melakukan ibadat & ketaatan bukan lagi kerana ingin mendapat balasan pahala atau kerana takutkan azab neraka, tetapi kerana rasa tanggungjawab dan kecintaan yang mendalam dan merasa sangat bersalah apabila terlalai dari melakukan ketaatan yang telah sebati dilakukan selama beberapa waktu seperti seorang kekasih yang sanggup melakukan apa saja yang disukai kekasihnya dan membenci apa saja yang dibenci kekasihnya semata-mata kerana perkara itu disukai atau dibenci kekasihnya
5. bila hanya kepada ALLAH tempat bergantung dan tempat pengaduan segala perkara
6. bila tidak lagi mendengar panggilan dan kata-kata orang sekelilingmu kerana asyiknya memuji dan memuja ALLAH seperti asyiknya seorang yang sedang mabuk bercinta dengan kekasihnya
7. bila celaan & hinaan orang dengan mengatakan gila, sakit, atau tidak siuman hanya kerana kita terlalu rindu dan sentiasa mengingat dan memuja kebesaran dan nikmat ALLAH seperti halnya seorang kekasih yang gila bayang dan kelihatan suka menyendiri kerana mengingat dan memuja kekasih hatinya.
Subhanallah..bgitu lunak hati seorg insan ini yg bergelar hamba mencintai Khaliqnya..Mahukah kite mnjadi seperti ini? jom kite berusaha...kite buktikan di bulan kemuliaan ini...
Oh, betul-betul cinta itu hidup! Cinta Allah itu indah. nikmatnya, subhanallah! Jika di dunia, sebahagia itu indahnya, pastinya di akhirat kelak berganda nikmatnya!
Fikir-fikir lagi. Indahnya jika hidup ini segalanya kita sandarkan kepada Allah. Jika dalam hati ada cinta, subur cintakan Allah, pastinya kita akan terdorong ke arah cinta itu. Buat apa yang disuruh, elak apa yang dilarang. Sama juga seperti cintakan makhluk. Kuasa cinta itu luar biasa, kita akan sentiasa ingatkan dia, kita akan sentiasa berusaha untuk menggembirakan mereka, kita akan sedaya cuba tidak menyakitkan hati mereka.
Kalau kuasa cinta mampu melentokkan manusia, kalau kuasa cinta sesama manusia boleh membuatkan mereka jadi gila, apatah lagi jika kita dapat cintakan Allah. Allah yang mencipta kita, memberikan kita nikmat anggota, nikmat udara, matahari, alam sekitar. Nikmat tidur, makan, nafsu, syahwat dan sebagainya. Nikmat kasih sayang yang tiada tolok bandingnya, nikmat dunia dan sebagainya.
Seorang bijak pandai Islam berkata, “jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri, tidak mengikut segala nafsumu, kalau Engkau sudah merasai manisnya berhubung dengan Allah, tahulah Engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNya.”
Indahnya, jika kemanisan dan kepahitan itu dapat dirasai!
Wo ai ni Allah!!!Pesanan bersama...utk diri sendiri dan sahabat2 seperjuangan...sampai ketemu lgi..salam ..
Bismillah...salam Ramadhan...
MENELITI maksud ayat 135-136 surah al-Imran, saya jadi sebak. Kalbu disimbah sayu persis kegelapan lama baharu bertemu jalur cahaya. Tanpa sedar, butir jernih membeng tubir mata. Tuhan tidak pernah jauh, tetapi diri yang sering alpa. Diuji dengan nikmat sementara, jiwa terbabas dibumbu nafsu yang tidak pernah kenal akan erti putus asa. Menjadi mulia di pandangan manusia tetapi terhina di sisi Yang Maha Kuasa. Pun begitu, lafaz syukur tekal meniti di bibir kerana masih diberi peluang untuk kembali kepada Dia yang menciptakan. Lantas, bicara kaku ini lahir dari lubuk hati yang paling dalam. Mengharapkan ia menjadi sebuah peringatan juga titik kesinambungan dalam merebut cinta hakiki. Buat diri dan mereka yang masih punya akal untuk menilai, punya hati untuk mengerti, dan punya keinginan untuk berubah. Andai bicara ini bisa menjentik nurani, kembali dan berlumbalah dalam mengejar redha Ilahi.
Perbualan singkat senja tadi bersama seorang sahabat masih gelandangan di kotak fikir. Manusia bagaimana sebenarnya saya? Bagaimana akhirnya kehidupan yang dipinjamkan ini terhadap diri?
1. Beriman di permulaan dan ketika hidup, tetapi tidak beriman di hujung usia.
2. Tidak beriman di permulaan dan ketika hidup, namun beriman di hujung usia.
3. Beriman di permulaan dan ketika hidup, tetapi masih tetap beriman di hujung usia.
4. Tidak beriman ketika hidup, tetap juga tidak beriman di hujung usia.
Empat golongan ini terus mengasak kotak fikir. Alangkah bertuahnya jika diri tergolong dalam golongan yang ketiga atau mungkin masih boleh dikatakan beruntung jika berada dalam golongan yang kedua. Tetapi, alangkah ruginya jika tergolong dalam golongan pertama dan keempat, nau'zubillah. Kalam sahabat tadi cukup membuatkan saya tercenung setagal. Kita mahukan itu dan ini daripada Tuhan pencipta manusia. Kita sering mahukan yang terbaik ditakdirkan untuk diri. Tetapi tidak pernah sempurna atau berusaha untuk memberi yang terbaik dalam melunas amanah dan mempersembahkan kepada Pencipta. Kita tahu tuntutan amal makruf nahi munkar itu harus dan wajib ditunaikan. Tetapi tidak menjadikan ia sebagai pegangan. Hanya mengambil separuh-separuh untuk kepentingan peribadi atau sebagai rukhsah ketika susah. Tetapi tidak ihtimam ketika tidak punya keperluan dan dilimpahi kesenangan. Betapa kita tidak pernah berlaku adil pada Allah swt. Malah, terkadang menyalahkan takdir atas kesulitan atau musibah yang menimpa diri yang sebenarnya berpunca dari kesilapan kita sendiri. Saya tidak menunding jari pada sesiapa, tetapi tujahan itu ingin dan mahu dikembalikan pada diri sendiri sebagai satu koreksi. Moga Tuhan masih sudi mendengar penyesalan diri atas dosa-dosa yang dirasakan masih membelenggu.
Berbalik pada ayat al-Quran tersebut, saya sebetulnya tertanya-tanya adakah diri layak dikategorikan sebagai manusia yang disebut-sebut di dalamnya atau sebaliknya. Mengharungi titian pengalaman seminggu dua ini, saya mengakui sering tersalah dalam bertingkah. Meletakkan nafsu dan keinginan di tempat teratas. Biarpun ada ketikanya saya sedar ianya adalah salah. Saya kadangkala bertindak mendahulukan emosi berbanding ilmu yang dicarigali. Saya jadi manusia yang lupa pada tujuan asal penciptaan manusia. Benarlah, dunia itu dipenuhi hamparan permadani indah dan selesa bagi yang mencarinya. Namun duri, onak dan ranjau bagi yang memusuhinya. Allah campakkan satu nikmat dari syurga di dunia sudah cukup membuatkan kita hanyut jika bahtera iman sering terumbang-ambing.
Kalimah lembut yang dibisikkan ke telinga persis menusuk ke tangkai hati dan pembuluh darah. Cinta manusia kita kejar, namun redha Allah diabaikan. Tambah menyedihkan, ada ketikanya saat nafsu merajai, kita seolah tidak mengetahui bahawa akan ada satu hari yang dinamakan perhitungan. Bukankan mempercayai akan adanya hari kebangkitan dan perhitungan itu merupakan suatu yang wajib? Malah ulamak mengatakan, barangsiapa yang menginkarinya adalah kafir. Munafikkah kita tatkala lantang melaungkan daulah Islam sedang akhlak dan tatasusila jauh melayang? Kita ghairah menuduh dan mencerca orang itu zalim, orang ini zalim, sedang sebenarnya kitalah yang bersembunyi di bawah topeng kezaliman tersebut. Mengakulah... kitalah munafik, kitalah hipokrit. Usah berangan-angan meruntuh gunung, kalau mengaduh terlanggar batu. Usah berhajat menjadi tembok, jika diri selembik lumpur. Maaf, barangkali bicara saya agak keras dan mungkin akan melukai mana-mana pihak. Saya marahkan diri sendiri. Sayalah penzalim tersebut, sayalah munafik tersebut dan sayalah hipokrit tersebut.
Bismillah..segala puji bgi Allah yg tlh memberi sekali ksempatan utk berkarya di blog ini...agk kcewa dgn perkhidmatan broadband yg agk slow sjak 2 menjak ni..so bnyk karya tergendala..hehe...sdg asyik menelaah di library, ku melihat Pc yg tersergam d sebelah menarik minat utk berkongsi cerita di sini..bukan menarik pn tpi sekadar perkongsian kat cni..blog dijadikan teman utk berkongsi idea..
Hari ini hari kdua ramadhan..sguh risau dgn level ibadah ..adakah sudah mencapai tahap yg ptut dcapai?...atau stil berada di level dlu...sungguh risau dan gundah gulana...risau sekiranya Ramadhan kali ini berlalu dgn bgitu shaja..Astaghfirullah...
Tips utk pengurusan mase:
1. Ikhlas krn Allah n buat jdual
2. Utamakan yg lbih pnting dri yg penting
3. Jangan bertangguh tangguh
4.setiap kerja buat dgn yg terbaik
5. jgn lupa skarang di bulan Ramadhan
6. bwe al quran ke mane saje anda berada.
Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan
Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta
Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu P
impinlah daku dengan hidayah Mu
Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku Hanyut terleka,
di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu
Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan
(BISIKAN MALAM . UNIC)
Bismillah...di keheningan petang ini, alang2 kelas cclm dibatalkan, di kesibukan stadi utk menjelang mid sem yg tak sampai 2 mgu lgi , ku mengisi mase utk berblog sebentar..Penat membaca PNS yg amt memeningkan, kat cni nk promote buku2 yg best..memang best kawan2...boleh menitiskan air mata jka betul2 menghayatinya...dek kerana kekangan mase, buku2 ini blum hbis dibaca. Tapi alhamdulillah, setakat ini still berusaha utk memanfaatkan buku ini...bnyak karya Amru khalid yg berada di pasaran..tapi buku2 kat bawah ini yg ana miliki sepanjang belajar kat cni...Kawan2, sebagai persiapan menyambut Ramadhan yg akan bermula esok, marilah kite same2 memperbnyak bacaan kite..bukan sekadar buku2 yg utk exam, tpi juga buku2 yg boleh melunakkan hati kita..yg boleh melembutkan hati kita..dek krana busy study, jom kite curi mase 10 minit sehari pn cukuplah sebagai makanan rohani kita.Btul tak?hehe..kalau nk pinjam pn boleh..amatlah dialukan ea...
Buku penyejuk jiwa..teman di waktu petang...
satu lgi pesanan, kalau kt sni ade talk ke tazkirah ke...curi2 lah mase utk join pogram ini ye kawan2..bnyak rahmat dan barokah utk pogram2 seperti ini..lgi2 kita pelajar pharmacy yg memang kurang pendedahan ttg ilmu agama ini..tak salah sekiranya spend mase sket..lpas hbs pogram kite sambung study lgi....
Bile nk habes bace buku2 ni? Notes pn tak hbs bace..aini2
Akhir kalam,,,,selamat menyambut Ramadhan..same Ramadhan, but different outcome...jom kite mamaximizekan pluang keemasan di bulan Ramadhan ini...InsyaAllah..:)..Kepada teman2 dan rakan yg mengenali diri ini, di sini ana ingin memohon kemaafan dari antunna semua...maaf ea segala salah dan silap spnjang perkenalan kite..jaga diri jaga iman..:)
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
Kami semua menantikan kehadiran mu...
| |
Soalan-soalan yg confirm boleh dijawab....
Soalan 1 :Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?
Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?
Soalan 3 : Siapakah RAJA SMS MALAYSIA ?
Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?
Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?
Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?
Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?
Soalan 8 : Siapakah nama isteri Beckham?
Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?
Soalan 10 : Siapakah penyanyi lagu "Aduh Saleha"?
DAPAT BERAPA MARKAH? x/10
Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini....
Berapa banyak pula, saya dan kawan-kawan boleh jawab?
Semakin jauh kita dari landasan yang sepatutnya.. .........
Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.
Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.
Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.
Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.
Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)
Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.
Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran ?
Jawab: Surah an-Nur.
Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).
Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.
Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.
Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.
Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.
Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.
Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.
Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.
Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.
Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.
Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.
Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.
Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.
Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.
Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.
Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.
Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.
Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.
Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.
Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash
Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.
Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.
Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)
Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.
Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.
Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?
Jawab: Dalam 305 ayat.
Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.
Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?
Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).
Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?
Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.
Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.
Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?
Jawab: Surah Saba '.
Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawab: Surah al-'Alaq.
Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.
Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?
Jawab: Surah al-Fatihah.
Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?
Jawab: Surah al-Muthaffifin.
Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.
Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?
Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.
Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?
Jawab: 4 surah..
Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.
Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nabi Musa as.
Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?
Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.
Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Isra'
Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.
Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?
Jawab: Surah an-Nur.
Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?
Jawab: Surah al-Kautsar.
Soal 54: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?
Jawab: Surah an-Nisa'.
Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?
Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.
Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawab: Burung Ababil.
Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawab: Nyamuk.
Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?
Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).
Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?
Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.
Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?
Jawab: Sa'id bin Jubair.
Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?
Jawab: Imam Ali as.
Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?
Jawab: Air susu.
Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nyamuk.
Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?
Jawab: Malam Lailatul Qadr.
Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?
Jawab: Tartil.
Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?
Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.
Soal 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?
Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.
Soal 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?
Jawab: Imam as-Sajjad as.
Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?
Jawab: Surah Yasin.
Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?
Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.
Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.
Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.
Soal 73: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.
Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?
Jawab: Nahjul Balaghah
Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.
Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf alif.
Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf zha'.
Soal 78: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?
Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.
Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?
Jawab: 25.500 huruf.
Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?
Jawab: 42 huruf.
Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?
Jawab: Di Makkah.
Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?
Jawab: Surah as-Sajdah.
Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?
Jawab: Surah al-Ikhlash..
Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?
Jawab: Surah Hud ayat 86.
Soal 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.
Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?
Jawab: Surah Fathir.
Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?
Jawab: 13 tahun.
Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?
Jawab: Suara yang indah.
Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.
Soal 90: Apakah zikir terbaik?
Jawab: Membaca Al-Qur'an.
Soal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?
Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.
Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami
hamba2 mu yang bertaqwa..... .ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia



Create a MySpace Music Playlist at MixPod.com






