"Sesungguhnya orang-orang yg beriman itu adalah mereka yg apabila disebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka kerananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."(AlAnfaal: 2)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jom ingat Asma Allah


Halwa Telinga

Wo Ai Ni ALLAH  

Posted by: aini-mawaddah




Bismillahirrahmanirrahim...segala puji bgi Allah kerana memberi kite semua kesempatan utk merasai nikmat Ramadhan hingga hari ini...hari ini dah msuk hari kelima berpuasa..pejam celik pejam celik dah nk smpai seminggu kite berpuase...sekejap je rase..dari waktu bersahur hingga berbuka itu...terase sgt singkat...btul tak? hmm camane iman kite hari ini?naik ke turun? ke statik?hehe...tepuk dada tnye iman....semoga kite memaximizekan pluang Ramadhan kali ini semaximizenya dan sterusnya kite istiqamah utk bulan selepasnya..insyaAllah...
Semalam on the way bjalan kaki slepas trawikh kat masjid Negeri tibe2 mata terpaut pada sebuah buku,,,Buku itu hnya kcil sae tpi entah kenapa agak lame memandang buku itu...buku itu berjudul Wo ai ni Allah ( saya cintakan Allah)...subhanallah...indah btul kalimat itu...tetapi oleh krn buku itu adalah novel dan diri ini tidak meminati novel so tidak jadi utk membelinya lalu berinisiatiflah utk berkarya di sini...hehe.... Saye cintakan Allah..Pnah tak kite membuat pengakuan kpd siape2 kite cintakan Allah?cinta tak kita pd Allah? Ape yg telah kite buat utk kita buktikan yg kita cintakan Allah? sudah ckupkah bukti itu? Subhanallah...
Nabi bersabda
" Sesunnguhnya ika Allah mencintai hamba -Nya, ia akn memanggil Jibril seraya berkata , " Wahai Jibril Aku mencintai si Fulan maka cintailah ia.' Mka Jibril pn mencintainya lalu ia Jibril menyeru penduduk langit , " wahai penduduk langit , sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah ia'. Maka penduduk langit pn mencintainya sehinnga ia pn dijadikan-Nya diterima ( dicintai ) penduduk bumi." ( HR BUKHARI DAN MUSLIM)..

Cuba ite imbas balik hadith ini..bagaimana ALLAH S.W.T mengumumkan cintaNya Pada hambaNya..kite bagaimana? Sebahagian manusia malu utk menyatakan kepada sahabatnya " Kami sgt mencintai Allah S.W.T kerana tkut direndahkan atau dipandang serong...Nauzubillah..

bnyk tanda2 yg menggambarkan bagaimana seorg hamba itu mencintai Allah..


Masjid Negeri di Pahang....

Tanda-tanda awal:- 1. Solat tidak lagi menjadi perkara berat untuk dilaksanakan sebaliknya akan sangat mudah dan dinanti-nanti waktu hadirnya.
2. Mula merasa menunaikan solat sesuatu yang mengasyik & menenangkan jiwa & fikiran sehingga sangat seronok untuk melakukan sebanyak-banyaknya seperti seorang kekasih yang seronok untuk menatap dan mengadu kepada kekasihnya dengan sebanyak-banyaknya

3. Zikir kepada ALLAH adalah menjadi kata-kata yg paling digemari walaupun kadang-kala terlalai atas urusan duniawi
4. Kurang bercakap atau tidak bercakap yang sia-sia (bercakap bila perlu sahaja)
5. tiba-tiba hilang perhatian kepada material duniawi seperti kalau dulu suka berbelanja atau bersuka-ria atau suka kepada hiburan maka kini mula
menjauh diri kerana hilang minat sebaliknya lebih suka menyendiri dan muhasabah diri

6. sering menangis bila mengingat dosa yang pernah dilakukan sekalipun sangat kecil

7. sering menangis kerana takutkan azab neraka yang tidak mampu menahannya
8. sering mengingati bagaimanakah keadaan menghadapi azab kubur
9. sering merasakan bahawa nyawa akan dicabut malaikatmaut pada bila-bila masa saja
10. tidak runsing atas segala yang berlaku pada dirinya samada masalah atau musibah yang datang melanda kerana percaya atas apa yang ALLAH kehendaki ke atasnya adalah kebaikan

11. sentiasa bersyukur tetapi bimbang saat menerima nikmat ALLAH yang merupakan satu ujian menguji keimanan diri
12. sering khuatir tindakan yang dilakukan pada setiap waktu apakah diberkati dan dirahmati ALLAH atau dimurkai Tuhan

13. sering merasakan musuh paling utama adalah diri sendiri yang mempunyai sifat2 mazmumah yang sukar dibendung dan dikawal
14. tiap saat merasakan telah melakukan banyak kesalahan dan dosa
15. sentiasa meminta ampunan dari ALLAH dan yakin bahawa ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
16. sering muhasabah diri pada setiap hari dan malam
17. lain-lain perkara yang tidak disebut. Wallahu’alam


Tanda-Tanda Telah Mencintai ALLAH

1. Solat bukan lagi semata-mata kerana perkara fardhu yang wajib tetapi adalah perkara yang dinanti-nanti dan dirindu pada setiap saat seperti seorang kekasih yang rindu untuk bertemu kekasihnya
2. Zikir bukan lagi semata-mata kerana sunnah yang dituntut melainkan kerana perasaan asyik dan tenang jiwa bila menyebut nama ALLAH yang Maha Agung seperti seronok dan asyiknya seorang kekasih menyebut nama kekasihnya

3. Nama ALLAH sentiasa disebut-sebut di dalam hati, fikiran dan sanubari sehingga terbawa-bawa dalam tidur juga menyebut namaNYA seperti seorang kekasih yang selalu bermimpi dan mengigaukan kekasihnya sewaktu beradu

4. Melakukan ibadat & ketaatan bukan lagi kerana ingin mendapat balasan pahala atau kerana takutkan azab neraka, tetapi kerana rasa tanggungjawab dan kecintaan yang mendalam dan merasa sangat bersalah apabila terlalai dari melakukan ketaatan yang telah sebati dilakukan selama beberapa waktu seperti seorang kekasih yang sanggup melakukan apa saja yang disukai kekasihnya dan membenci apa saja yang dibenci kekasihnya semata-mata kerana perkara itu disukai atau dibenci kekasihnya
5. bila hanya kepada ALLAH tempat bergantung dan tempat pengaduan segala perkara
6. bila tidak lagi mendengar panggilan dan kata-kata orang sekelilingmu kerana asyiknya memuji dan memuja ALLAH seperti asyiknya seorang yang sedang mabuk bercinta dengan kekasihnya
7. bila celaan & hinaan orang dengan mengatakan gila, sakit, atau tidak siuman hanya kerana kita terlalu rindu dan sentiasa mengingat dan memuja kebesaran dan nikmat ALLAH seperti halnya seorang kekasih yang gila bayang dan kelihatan suka menyendiri kerana mengingat dan memuja kekasih hatinya.

Subhanallah..bgitu lunak hati seorg insan ini yg bergelar hamba mencintai Khaliqnya..Mahukah kite mnjadi seperti ini? jom kite berusaha...kite buktikan di bulan kemuliaan ini...

Oh, betul-betul cinta itu hidup! Cinta Allah itu indah. nikmatnya, subhanallah! Jika di dunia, sebahagia itu indahnya, pastinya di akhirat kelak berganda nikmatnya!

Fikir-fikir lagi. Indahnya jika hidup ini segalanya kita sandarkan kepada Allah. Jika dalam hati ada cinta, subur cintakan Allah, pastinya kita akan terdorong ke arah cinta itu. Buat apa yang disuruh, elak apa yang dilarang. Sama juga seperti cintakan makhluk. Kuasa cinta itu luar biasa, kita akan sentiasa ingatkan dia, kita akan sentiasa berusaha untuk menggembirakan mereka, kita akan sedaya cuba tidak menyakitkan hati mereka.


Kalau kuasa cinta mampu melentokkan manusia, kalau kuasa cinta sesama manusia boleh membuatkan mereka jadi gila, apatah lagi jika kita dapat cintakan Allah. Allah yang mencipta kita, memberikan kita nikmat anggota, nikmat udara, matahari, alam sekitar. Nikmat tidur, makan, nafsu, syahwat dan sebagainya. Nikmat kasih sayang yang tiada tolok bandingnya, nikmat dunia dan sebagainya.

Seorang bijak pandai Islam berkata, “jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri, tidak mengikut segala nafsumu, kalau Engkau sudah merasai manisnya berhubung dengan Allah, tahulah Engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNya.”

Indahnya, jika kemanisan dan kepahitan itu dapat dirasai!

Wo ai ni Allah!!!
Pesanan bersama...utk diri sendiri dan sahabat2 seperjuangan...sampai ketemu lgi..salam ..

This entry was posted on 3:41 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment

Know your medicine

Detik yg kian Berlalu