"Sesungguhnya orang-orang yg beriman itu adalah mereka yg apabila disebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka kerananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."(AlAnfaal: 2)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jom ingat Asma Allah


Halwa Telinga

Gelap itu mencekam  

Posted by: aini-mawaddah


Bismillahirrahmanirrahim...

Ingatilah Allah dalam setiap degupan jantungmu


" kegelapan itu ada lima, dan pelita dalam kegelapan itu juga ada lima.
Cinta dunia itu kegelapan, pelitanya adalah takwa.
Dosa itu adalah kegelapan, pelitanya adalah taubat.
Kubur itu adalah kegelapan, pelitanya adalah Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah.
Akhirat itu adalah kegelapan, pelitanya adalah amal soleh.
Dan sirat( jambatan) itu adalah kegelapan, pelitanya adalah iman."

( Saidina Abu Bakar Ash Shiddiq ra)

inilah jawapannya  

Posted by: aini-mawaddah


BISMILAHIRRAHMANIRAHIM

kalimat pujian buat Yang Maha Esa diberi kesihatan dan kesempatan dan umur yang panjang untuk diriku singgah sejenak di teratak ini..di sini ingin diselitkan pengisian buat semua..mengungkap jawapan bgi setiap persoalan yg pernah juga bertapak di hati..ayoh..renovate hati skang!!!




KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dankuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamuberjaya (mencapai kemenangan). "-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah beratkecuali kepada orang-orang yang khusyuk"-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."-Surah Yusuf ayat 12

 

Posted by: aini-mawaddah

Assalamualaikum wbt

Menemui sahabat-sahabat yang sememangnya dikasihi Allah dan disayangi nabi, apakah khabar iman kita? Adakah semakin bertambah atau berkurang? Moga kita sama-sama gandakan usaha untuk lebih mendekatkan diri padaNya kerana redhaNya semata. Rugilah seandainya hari ini lebih buruk dari semalam, dan malulah seandainya Rasulullah menyaksikan kerugian kita; umat kesayangan baginda ini. kali ini, daku persembahkan sehelai warkah buat sahabat-sahabat untuk kita hayati bersama...



warkah


Melalui surat ini..
Kami ingin mengajak kalian utk sama2 membayangkan..
Bagaimanakah situasi kita..
Sekiranya kita dikunjungi sebaik baik penciptaan Allah ini...


Situasi di rumah


Wahai kekasih2 ku..
Sekiranya di kala ini..
Kekasih Allah itu sedang mengetuk pintu rumah kalian..
Apakah perkara pertama yang kalian kan lakukan?

Adakah kalian akan bersegera ke muka pintu,
Menyambut kekasih Allah ini,
Lantas mengalirlah airmata kegembiraan
Membasahi pipi2 kalian??

Adakah kalian kan bersegera menjemput kekasih sekalian makhluk ini
Ke dalam rumah kalian lantas berkata:
“Rasulullah berada di rumahku…inilah hari yg paling bahagia dalam hidupku..”

Adakah ini yg kalian kan lakukan??

Atau..
Adakah fikiran kalian berkecamuk..
Keraguan menghantui diri..



Tatkala kalian mendengar ketukan pintu
Dari tangan yg mulia itu??

Adakah kalian bersegera menuju ke bilik terlebih dahulu..
Untuk menyembunyikan cd2 lagu..dan sebaliknya..
Memasang pula kaset2 bacaan Al-Quran??
Adakah kalian bersegera pula..
Utk mencabut wayar2 dish satelit..
Dan kalian menutup siaran2 lagu di televisyen?

Dan adakah kalian akan membuka komputer..
Utk memadam fail2 yg kalian rasakan melaghakan..
Dan bersegera mengoyakkan gambar2 penyanyi2..
Dan pelakon2 yg tampan dan jelita itu di dinding2 di bilik kalian??



Dan adakah kalian akan menyambut Kekasih Sekalian Umat ini…
Sedangkan di tangan kalian masih memegang puntung2 rokok?
Atau adakah baru sekarang kalian sedar..
Bahawa ROKOK ITU HARAM??
Dan jika tidak,kenapa anda perlu berasa malu merokok di hadapan Nabi??

Dan bagaimana jika kalian melakukan semua perkara tersebut,
Dan kalian berjaya menyembunyikan segala perkara yang mungkin akan…
Membangkitkan kemarahan baginda,
Dan kalian menerima kehadiran Rasulullah,
Dan kalian duduk bersama baginda,
Dan kalian menghayati kalam-kalam indah dari bibir Rasulullah,
Dan mata-mata kalian bersinar lantaran indahnya
Memandang wajah lembut Rasulullah yg dicintai..

Dan kalian bayangkanlah..



Di saat itu..
Bibir Rasulullah menitipkan kata-kata..
Untuk tinggal bersama kalian selama sebulan..
Adakah kalian kan berbesar hati..
Atau kalian kan gundah gulana??

Adakah kalian akan menjadi seperti sahabat-sahabat baginda yang mulia..
Yang berebut-rebut untuk menerima Rasulullah sebagai tetamu..
Ketika kedatangan Nur Islam ini ke bumi Madinah buat kali pertama..
Ataukah kaliankan resah gelisah..
Kerna memikirkan..
Apakah kesudahan yang berlaku selama tiga puluh hari ini..

Adakah baginda kan berlapang dada..
Tatkala melihat kalian solat dengan penuh tergesa-gesa..
Atau meninggalkan solat jamaah..



Atau dapatkah baginda melihat kalian..
Membaca Al-quran..
Dan menghayati hadis-hadis tinggalan nabi..
Atau dapatkah baginda melihat..
Pergaulan yang elok pabila
kalian bersama keluarga kalian..
atau baginda kan melihat,
kekasaran suara,bahasa dan kebiadaban kalian..



lantas baginda bersuara..

“sebaik-baik kamu..adalah mereka yang berbuat baik kepada keluarganya..
Dan aku sebaik-baik orang dalam pergaulan dengan keluargaku..”

Ya Rasulullah..tak pernah kami menatap wajahmu..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..kami rindu padamu..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..terimalah kami sebagai umatmu..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..kurniakanlah syafaatmu kepada kami..



Sama-samalah kita menyuburkan cinta kita kepada Baginda..
Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w..
Jazakumullah..kerna sudi meluangkan masa membaca dan menghayati nukilan ini..

Moga rindu ini menjadi syafaat untuk kita bertemu kekasih kesayangan Allah, kecintaan umat manusia dan seluruh alam..amiin.


Genaplah umurku 21 tahun  

Posted by: aini-mawaddah

Bismillah.....
Assalamualaikum kpd para sahabat seperjuangan yg tidak jemu untuk membaca entry kat teratak yg tidak seberapa ini..still bnyk lgi pembaikian perlu dlakukan..segala nsihat dan komen amatlah dialukan..Alhamdulillah hari ini tanggal 13 mei, umurku menjangkau 21 thun..alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dberi kesempatan untuk hidup di atas bumi ini selama 21 thun..Entah mengapa hari ini diriku berasa bgitu sedih skali tidak seperti thun thun yg lalu..Hnya Allah yg thu bgitu sengsara hati ini apabila mengingati sisa sisa umurku yg dilalui sebelum ini... air mata ini mengalir dan trus mengalir..Bgitu ruginya diriku..Setiap saat, minit dan jam yg berlalu , andai diriku lalai dan leka..dan terpengaruh dgn keindahan dunia..Hari ini btambah hari lahirku, btambah jua tanggungjawabku, kian btambah jua ujian yg akn mendatang yg akn mematangkan diriku, hari ini juga Allah telah memendekkan jarakku denganNya, semakin kurang untukku tempoh untuk beramal, semakin bersedia jua malaikat maut untuk dtg menjemput, semakin dekat jua masa untuk amalan diperhitung, dan semakin dekat jua hari pembalasan untukku..Ku berharap, semoga dengan btambahnya umurku hari ini, akn lbih mematangkan diriku, lbih mendekatkanku untuk menggapai cintaMu..Permudahkanlah Ya Allah segala urusanku..Hamba yg hina dan dhaif ini hanyalah musafir di atas muka bumi yg menjadi perhentian sebelum sampai di destinasi akhirat yg abadi..Dengan bertambahnya usiaku jua, diharap lbih kuat berada di Jalan Tarbiyah ini dan komitmen dakwah jua semakin bertapak di hati..InsyaAllah..

Syukran jazilan khairan katheera kepada para sahabat yg still mngingati hari lahir insan kerdil ini..Trima ksih yg tak terhingga di atas ucapan para sahabat sekalian..trima kasih sahabat sekalian..diri ini bgitu mnyayangi diri kalian..

1. Sarah
2. Wan
3. Zirah
4.Fatihah
5.Tmoh
6.Eby
7.Wani Rusli
8. sulaihah
9.ziela
10. Kak Aini
11. Wani allied
12. syarifah radHiyah..
13. Nurul
14. Mira
15. Mak Ngah

Syukran jazilan ya ukhti di atas ingatan tulus ikhlas..Andai sepanjang kita berkenalan, ada sebarang kekhilafan dariku, kupohon ampun dan maaf..semoga diri kalian sentiasa berada di bawah rahmatNya..same2 lah kita berusaha berubah ke arah yg lbih baik..

sungguh dirimu begitu istimewa  

Posted by: aini-mawaddah

Bismillah... Salam kpd para sahabat yg dirahmati Allah..Semoga kita semua sentiasa tergolong dalam glongan yg sentiasa memperbaharui iman dan tidak pnah jemu mmbuktikan cinta kita pd Yang Esa..InsyaAllah..Lafaz setinggi kesyukuran kepada Allah kerana msih dikurniakan nikmat sihat dan lapang kepada diri ana utk ana mencoret bingkisan hati di teratak buruk ini..kepenatan,kecapekan dan kesibukan mmg melanda diri ana tatkala ini...Ya Allah permudahkanlah segala urusanku.. Pagi semalam...seperti biasa ana dtugaskan utk menjaga kaunter pmbayaran kat depan..pd masa itu jam menunjukkan pkul 9.15 pgi. waktu itu merupakan waktu rehat untuk kanak2 istimewa di sekolah itu..disebabkan ada seorg pekerja tidak sihat, dan tiada org di tempat kaunter nasi, so aku berdiri kat ctu sat..Sedang2 memerhatikan gelagat kanak2 itu, tibe2 kdengaran suara ;;;"Kak, nk nasi ayam pistol satu"..tergamam dibuatnya..aku dgn segera mnjawab nasi ayam pistol takde dik..smalam polis dah ambik..ayam ln ade..actually time tu aku dah nk tergelak dgn telatah budak itu..sgt comel dan mencuit hati..wlaupun dirinya tidak sesempurna org ln, ttpi bgi diriku dirinya sangat istimewa..selepas mmbayar duit, dia trus blalu ke meja makan untuk mnikmati nasi yg dbelinya wlaupun hajatnya untuk makan ayam pistol tak kesampaian..hehe.. knape ea ana menceritakan pengalaman ini kat cni?ana pn tak thu actually.. tetapi memang time itu sewaktu memerhatikan gelagat kanak2 itu, tibe2 terlintas di fikiran..malam ini nk posting kat blog la..so inilah sebabnya.. Sebenarnya, saje je ana membuat coretan ini..ana ingin membuktikan kehebatan ciptaan Allah..setiap manusia ada klebihannya..even mcm kanak2 tdi, secara fizikalnya dia adalah kanak2 istimewa tidak sesempurna org ln, tetapi dia dikurniakan fikiran yg kreatif..dia boleh mmbayangkan ayam sayap itu berbentuk pistol..bgus kn imaginasinya..ana sndiri pn sebelum ini tak terfikir pn ia mcm pistol..hehe.. Ana sebenarnya amat sukakan budak2 n kanak2..hidup ana terasa indah sekali stiap saat bersama mereka..segala masalah akan hilang setiap kali bermain dgn mereka..trima ksih yer adik2 akak yg tersayang yg berjaya mnggembirakan hati akak...kdg2 terasa ingin menjadi seperti mereka..hati mereka msih bersih..bersih dri segalanya..bersih dri sifat mazmumah..bersih dri segala yg boleh memberi titik2 hitam pd hati..adik, diri adik cukup istimewa..

Camane ea kita nk pastikan hati kita sentiasa bersih dan bebas dri segala yg boleh membawa perkara maksiat? Pnah beberapa kali terbaca dalam buku..pkara yg kita kena pastikan kita senang bangun malam terutamanya bgi pencinta untuk berjumpa kekasihNya di saat org ln sedang terlena dgn mimpi2 indah ialah salah satunya kita kna pstikan kita bersih dri pkara maksiat di siang harinya agar dosa ini tidak menjadi halangan kepada kita..so bgaimana nk menjaga hati kita?tak boleh disangkal lgi, dengan khidupan dunia skang..hati kita sentiasa dibolak balik..iman kita sentiasa berubah levelnya..diri ana sendiri juga..astaghfirullah..sungguh senang hati ini terpedaya dengan hasutan musuh kita..mesti pd saat kita lalai dan lagha, musuh kita itu sedang bersorak kerana berjaya memperdayakan kita..sedangkan kita terpaksa menanggung kat akhirat nanti..nauzubillah..untuk menjaga hati kita, first kita kna cari hati kita.. cba kita tanyakan pd diri adakah skang kita msih mempunyai hati?

Imam Abu Hamid Al- Ghazali berkata, "Carilah hatimu di tiga tempat: Pertama,ketika membaca Al- Quran;Kedua, ketika solat; Dan ketiga ketika mengingat kematian.Jika di tiga tempat tersebut engkau menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau tidak sedang mempunyainya."
Sahabatku, panjatkanlah setinggi kesyukuran jika kamu menemukan hati anda di tiga kesempatan tersebut ..Apakah perasaan yg mengalir di jiwa anda skang? Tentu sekali merasa nikmat bahagia..Bukankah demikian?? ini kerana kita msih berusaha untuk memperbaik hati kita..bukan setiap org diberikan kesempatan ini..ayuh sahabat sekalian..renovate hati kita..cari hati kita yg sebenarnya..

Knapa terdiam? Apakah sahabat sekalian sedang mencari sebuah hati? Ingatlah sahabat..jangan sesekali berputus asa ..pintu taubat msih terbuka luas untuk kita..dan tidak pnah tertutup untuk hamba yg dhaif seperti kita..semoga ibadah kita tergolong dalam "Ibadah VIP"..apa maksudnya Ibadah VIP ini ea..Istilah ini juga ana jumpa dalam buku karangan Amru khalid, di dalam catatannya berjudul " Ibadah Sepenuh Hati"..yg dimaksudkan ibadah VIP ialah ibadah luar biasa..Di saat org ln bersukaria, kita berdukacita , menangisi dosa kita, di saat org ln dibuai mimpi, kita menangis tersesu sedan bjumpa dgn kekasih kita (solat malam), di saat org ln menonton tv dan membaca buku hiburan, kita tidak berpisah dengan Al- Quran, di saat org ln menyanyikan lagu feveret mereka, kita terkumat kamit melafazkan zikrullah..Tidakkah hanya glongan istimewa saje yg bisa merasai nikmat indah ini..Btul2 istimwa.. Tidakkah benar sahabatku?


Cubalah anda perhatikan dengan saksama..Berapakah org yg tekun solat malam? Berapakah org yg mengerjakannya? di jalan, di tempat tinggal,dan di kotanya?
sekiranya kita tergolong dalam ibadah VIP tidakkah Alla akan redha terhadap kita? Tidakkah Allah mencintai kita? Subhanallah..sungguh luas pintu rahmat utk kita..

Allah (s.w.t) telah berfirman dalam sebuah Hadith Qudsi: " Dan hamba-KU tidak akan berhenti mendekatkan diri pada-Ku dengan amalan amalan sunnah sehingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku pn akan menjadi pendengarannya yg dgn itu ia mendengar, dan menjadi penglihatannya dengannya ia melihat, dan menjadi tangannya dengan itu ia menyentuh, serta menjadi kakinya yg dengan itu ia berjalan.Kemudian jika ia meminta kepada-Ku, Aku pasti akan memberinya ." (H.R. Imam Ahmad) Di saat bersama Allah, tiada apa yg dapat menggusarkan hati kita..Yakinlah dengan janji Allah utk hamba yg berusaha mendapatkan cintaNYa. Tiada kenikmatan di dunia kcuali dengan rintihan malam..Kibarkan bendera keistimewaan "Lihatlah! Ini aku berdiri di-hadapanMu, Rabbi, di saat saat org tgh terlelap.Bantulah aku , Ya Allah untuk dapat berbuat kepada-Mu sebagaimana mestinya, juga utk slalu mengingat dan mensyukuri -Mu serta sentiasa beribadah dengan baik kepada-Mu." Terimalah ibadah hambaMU..tuntunilah kami menggapai redhaMU..tempatkan kami di JannatunnaimMU.... wallahua'lam.. sehingga ketemu lgi.. salam perjuangan

Ya Allah Terimalah taubat hambaMU  

Posted by: aini-mawaddah


Bismillah

Alhamdulillah, di malam yg hening ini, walaupun kepenatan balik dari attachment tdi, saye msih dberi pluang untuk berkongsi apa yg saye bace hari ini.Terasa rugi lak if ape yg dibace ini tidak dikongsi kat cni. Sebenarnya untuk mnmbahkan pemahaman dan seterusnya untuk djadikan kesedaran untuk diri yg kerdil ini..yg bnyk lgi kelemahan..Ya Allah,bantulah hambaMu ini melawan segala kelemahan.. Tuntunilah aku ke jalanMu..Smasa kat Pharmacy tdi x sempat pn nk bukak buku yg dbawe..Buku "kerana Dunia ini Tak Abadi"..ramai customer yg dtg..so x smpat nk bkak pn..Alhamdulillah, smpai je kat umah, trus tgn ini mmbuka page 61 dan hati ini terase terberkas sekali dengan isi kandungannya..Mari kite same2 hayati n smoga saye dan sahabat2 semua dapat manfaat darinya..InsyaAllah..


Anas ibn Malik radhiyallahu'anhu pernah mengatakan : Saya pernah mendengarkan Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Allah Ta'ala berfirman: ' Wahai anak Adam! Sesungguhnya tidaklah engkau berdoa dan berharap pada-Ku dengan kondisi apapun engkau, maka Aku tidak pernah memperdulikannya.Wahai anak Adam!Andai dosa dosamu mencapai puncak langit, lalu engkau memohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku akn mengampunimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan-Ku dngan apapun, nescaya Aku akn memberikanmu ampunan sepenuh bumi." Sesungguhnya pintu-pintu syurga itu semuanya tertutup hingga hari kebangkitan, kecuali satu pintu.Pintu taubat. Pintu syurga ini akan terus terbuka bagi org2 yg bertaubat, siang dan malam, bila pun mereka ingin nertaubat, kembali dan mninggalkn apa yg selama ini seharusnya tidak mereka lakukan....Bahkan lebih dari itu, Rabb kita yg Maha mulia itu turun di setiap malam pada sepertiga akhir malam untuk menyeru hamba-hambaNya.." Apakah ada yg bertaubat? Apakah ada yg memohon ampun?" Cukuplah menjadi sebuah kehormatan dan kemuliaan bgi org2 yg bertaubat bahwa Allah Ta'Ala mengistimewakan mereka dengan kecintaan-Nya pada mereka. " Sesungguhnya Allah mencintai org2 yg bertaubat dan mencintai org2 yg bersuci." (al-Baqarah:222) Allah Ta'ala juga menyatakan tentang hamba-hambaNya yg melakukan kemaksiatan: "Maka tidakkah mereka bertaubat kepada Allah dan memohon ampun pada-Nya? Dan Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. " (al-Ma'idah:74)


Duhai sahabat sahabat sekalian, cuba kita renungi balik ...betapa besarnya kurnia Allah kepada mereka yg bertaubat...Betapa luas sekali rahmatNya untuk hambaNya..
Tetapi sayang sekali, apa yg berlaku di kalangan masyarakat kite sekarang? Di kalangan pemuda pemudi skang? Even budak skolah n plajar skolah menengah sekalipun..Pelbagai kes dan keruntuhan akhlak yg berlaku.. Setiap hari di kaca televisyen dan akhbar, bermacam macam kes kite dapat bace...Kes buang bayi, perkosa anak, bunuh , ragut, placur n so on...Adakah ini caranya kite sebagai hamba yg hnye merempat kat dunia ini mnunjukkan tanda syukur kita kpd Pencipta yg Maha Agung di atas segala kurniaan dan rahmat utk sepanjang kehidupan kita..Dengan anggota badan yg cukup sempurna, nikmat sihat, nikmat mase, dan plg berharga adalah nikmat Islam dan iman..adakah ini caranye kite untuk mmbalas atau sbg penghargaan kite kpada Allah? Bgaimana kita nti untuk berhadapan dgn Allah di akhirat nanti?Apakah bekalan kita kat dunia yg abadi nanti?MasyaAllah..Tidakkah kite semua thu betapa peritnya nanti khidupan kat sane jika kite msih bergelumang dgn dosa.? Cuba bygkan ..kat dunia ini pn pabila waktu dah panas terik, kite dah tak thn panas..Nanti kt akhirat, matahari yg hnye sejengkal ngan kepala..

Ayuhlah muslimin dan muslimat, Kita menjahit kembali sejadah iman kite.kite muhasabah blik apa yg kite dah lakukan sepanjang umur kita ini..Adakah kita yakin kita akn dimasukkan ke syurga dengan amalan yg sedikit cuma? Samelah kita bertaubat memohon ampun pda Yang Maha Kuasa..Bertekad utk berubah ke arah yg lbih baik..Akhlaqul kareemah..Same2 mjadi golongan yg ditarbiyah dan mentarbiyah. Sekiranya waktu mlm ita, kita bnyk hbiskn dengan tidur ataupn menonton Tv, apa salahnya jika bermula dari skarang kite mula mlatih diri untuk bngun Qiyam dan tahajjud..Dating dgn Yang Maha Kuasa di kala org ln sedang asyik dibuai mimpi..Subhanallah..memang indah saat saat itu..Luahlah segala isi hati dan kemahuanmu..pohonlah beribu keampunan..Allah amat menyayangi hambaNya yg merindui untuk berjumpa dengan Nya..Ya Allah..terimalah taubat kami..Bantulah kami menhhadapi segala mihnah dan tribulasi di dunia ini.. Maka kami berharap,wahai Tuhan yg menciptakan kami... Kurniakan kepada kami rahmat-Mu, Kami memohon dengan rahmat-Mu, wahai Dzat yg pling mengasihi, jagalah kami dri berbagai cubaan dan fitnah..

Aku Kau Tinggalkan  

Posted by: aini-mawaddah



Waktu engkau masih kanak-kanak. ......... ...kau laksana kawan sejatiku Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegangAku,kau junjung dan kau pelajariAku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hariSetelah selesai engkau menciumku mesra Sekarang engkau telah dewasa...... ........Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmuAtau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji..... ..Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpanAku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwaAtau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitanKini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.Dulu...pagi- pagi...surah- surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau..... Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahuluWaktu lapang engkau membaca buku karangan manusiaSedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan... Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah) .Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawiTidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamuSepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmuMengasyikkan. Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerjaDi Komputermu pun kau putar musik favoritmuJarang sekali engkau putar ayat-ayatku. ........E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikanEngkau terlalu sibuk dengan urusan dunia muBenarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.Menonton siaran telivisyenDi depan komputer berjam-jam engkau betah dudukHanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampahWaktupun cepat berlalu..... ....Aku semakin kusam dalam laci-laci muMengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembaliItupun hanya beberapa lembar dariku.Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu duluEngkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacakuAtau waktu kematian saudara atau taulan mu Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tibaEngkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNyaApakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong muItu janji Tuhanmu, Allah s.w.t Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...Setiap saat berlalu...Dan akhirnya.... .kubur yang setia menunggu mu.......... .Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...Di kuburmu nanti....Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.Yang akan membantu engkau membela diriDalam perjalanan ke alam akhirat.Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimuYang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.Yang berasal dari Allah AzzawajallaTuhan Yang Maha Pengasih dan Maha PemurahYang disampaikan oleh Jibril melalui RasulmuKeluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...... .Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.Sentuhilah Aku kembali... Baca dan pelajari lagi Aku....Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayatSeperti dulu.... Waktu engkau masih kecilDi surau kecil kampungmu yang damaiJangan engkau biarkan aku sendiri....Dalam bisu dan sepi....

Know your medicine

Detik yg kian Berlalu