"Sesungguhnya orang-orang yg beriman itu adalah mereka yg apabila disebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka kerananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."(AlAnfaal: 2)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jom ingat Asma Allah


Halwa Telinga

 

Posted by: aini-mawaddah

Assalamualaikum wbt

Menemui sahabat-sahabat yang sememangnya dikasihi Allah dan disayangi nabi, apakah khabar iman kita? Adakah semakin bertambah atau berkurang? Moga kita sama-sama gandakan usaha untuk lebih mendekatkan diri padaNya kerana redhaNya semata. Rugilah seandainya hari ini lebih buruk dari semalam, dan malulah seandainya Rasulullah menyaksikan kerugian kita; umat kesayangan baginda ini. kali ini, daku persembahkan sehelai warkah buat sahabat-sahabat untuk kita hayati bersama...



warkah


Melalui surat ini..
Kami ingin mengajak kalian utk sama2 membayangkan..
Bagaimanakah situasi kita..
Sekiranya kita dikunjungi sebaik baik penciptaan Allah ini...


Situasi di rumah


Wahai kekasih2 ku..
Sekiranya di kala ini..
Kekasih Allah itu sedang mengetuk pintu rumah kalian..
Apakah perkara pertama yang kalian kan lakukan?

Adakah kalian akan bersegera ke muka pintu,
Menyambut kekasih Allah ini,
Lantas mengalirlah airmata kegembiraan
Membasahi pipi2 kalian??

Adakah kalian kan bersegera menjemput kekasih sekalian makhluk ini
Ke dalam rumah kalian lantas berkata:
“Rasulullah berada di rumahku…inilah hari yg paling bahagia dalam hidupku..”

Adakah ini yg kalian kan lakukan??

Atau..
Adakah fikiran kalian berkecamuk..
Keraguan menghantui diri..



Tatkala kalian mendengar ketukan pintu
Dari tangan yg mulia itu??

Adakah kalian bersegera menuju ke bilik terlebih dahulu..
Untuk menyembunyikan cd2 lagu..dan sebaliknya..
Memasang pula kaset2 bacaan Al-Quran??
Adakah kalian bersegera pula..
Utk mencabut wayar2 dish satelit..
Dan kalian menutup siaran2 lagu di televisyen?

Dan adakah kalian akan membuka komputer..
Utk memadam fail2 yg kalian rasakan melaghakan..
Dan bersegera mengoyakkan gambar2 penyanyi2..
Dan pelakon2 yg tampan dan jelita itu di dinding2 di bilik kalian??



Dan adakah kalian akan menyambut Kekasih Sekalian Umat ini…
Sedangkan di tangan kalian masih memegang puntung2 rokok?
Atau adakah baru sekarang kalian sedar..
Bahawa ROKOK ITU HARAM??
Dan jika tidak,kenapa anda perlu berasa malu merokok di hadapan Nabi??

Dan bagaimana jika kalian melakukan semua perkara tersebut,
Dan kalian berjaya menyembunyikan segala perkara yang mungkin akan…
Membangkitkan kemarahan baginda,
Dan kalian menerima kehadiran Rasulullah,
Dan kalian duduk bersama baginda,
Dan kalian menghayati kalam-kalam indah dari bibir Rasulullah,
Dan mata-mata kalian bersinar lantaran indahnya
Memandang wajah lembut Rasulullah yg dicintai..

Dan kalian bayangkanlah..



Di saat itu..
Bibir Rasulullah menitipkan kata-kata..
Untuk tinggal bersama kalian selama sebulan..
Adakah kalian kan berbesar hati..
Atau kalian kan gundah gulana??

Adakah kalian akan menjadi seperti sahabat-sahabat baginda yang mulia..
Yang berebut-rebut untuk menerima Rasulullah sebagai tetamu..
Ketika kedatangan Nur Islam ini ke bumi Madinah buat kali pertama..
Ataukah kaliankan resah gelisah..
Kerna memikirkan..
Apakah kesudahan yang berlaku selama tiga puluh hari ini..

Adakah baginda kan berlapang dada..
Tatkala melihat kalian solat dengan penuh tergesa-gesa..
Atau meninggalkan solat jamaah..



Atau dapatkah baginda melihat kalian..
Membaca Al-quran..
Dan menghayati hadis-hadis tinggalan nabi..
Atau dapatkah baginda melihat..
Pergaulan yang elok pabila
kalian bersama keluarga kalian..
atau baginda kan melihat,
kekasaran suara,bahasa dan kebiadaban kalian..



lantas baginda bersuara..

“sebaik-baik kamu..adalah mereka yang berbuat baik kepada keluarganya..
Dan aku sebaik-baik orang dalam pergaulan dengan keluargaku..”

Ya Rasulullah..tak pernah kami menatap wajahmu..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..kami rindu padamu..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..terimalah kami sebagai umatmu..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..kurniakanlah syafaatmu kepada kami..



Sama-samalah kita menyuburkan cinta kita kepada Baginda..
Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w..
Jazakumullah..kerna sudi meluangkan masa membaca dan menghayati nukilan ini..

Moga rindu ini menjadi syafaat untuk kita bertemu kekasih kesayangan Allah, kecintaan umat manusia dan seluruh alam..amiin.


Genaplah umurku 21 tahun  

Posted by: aini-mawaddah

Bismillah.....
Assalamualaikum kpd para sahabat seperjuangan yg tidak jemu untuk membaca entry kat teratak yg tidak seberapa ini..still bnyk lgi pembaikian perlu dlakukan..segala nsihat dan komen amatlah dialukan..Alhamdulillah hari ini tanggal 13 mei, umurku menjangkau 21 thun..alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dberi kesempatan untuk hidup di atas bumi ini selama 21 thun..Entah mengapa hari ini diriku berasa bgitu sedih skali tidak seperti thun thun yg lalu..Hnya Allah yg thu bgitu sengsara hati ini apabila mengingati sisa sisa umurku yg dilalui sebelum ini... air mata ini mengalir dan trus mengalir..Bgitu ruginya diriku..Setiap saat, minit dan jam yg berlalu , andai diriku lalai dan leka..dan terpengaruh dgn keindahan dunia..Hari ini btambah hari lahirku, btambah jua tanggungjawabku, kian btambah jua ujian yg akn mendatang yg akn mematangkan diriku, hari ini juga Allah telah memendekkan jarakku denganNya, semakin kurang untukku tempoh untuk beramal, semakin bersedia jua malaikat maut untuk dtg menjemput, semakin dekat jua masa untuk amalan diperhitung, dan semakin dekat jua hari pembalasan untukku..Ku berharap, semoga dengan btambahnya umurku hari ini, akn lbih mematangkan diriku, lbih mendekatkanku untuk menggapai cintaMu..Permudahkanlah Ya Allah segala urusanku..Hamba yg hina dan dhaif ini hanyalah musafir di atas muka bumi yg menjadi perhentian sebelum sampai di destinasi akhirat yg abadi..Dengan bertambahnya usiaku jua, diharap lbih kuat berada di Jalan Tarbiyah ini dan komitmen dakwah jua semakin bertapak di hati..InsyaAllah..

Syukran jazilan khairan katheera kepada para sahabat yg still mngingati hari lahir insan kerdil ini..Trima ksih yg tak terhingga di atas ucapan para sahabat sekalian..trima kasih sahabat sekalian..diri ini bgitu mnyayangi diri kalian..

1. Sarah
2. Wan
3. Zirah
4.Fatihah
5.Tmoh
6.Eby
7.Wani Rusli
8. sulaihah
9.ziela
10. Kak Aini
11. Wani allied
12. syarifah radHiyah..
13. Nurul
14. Mira
15. Mak Ngah

Syukran jazilan ya ukhti di atas ingatan tulus ikhlas..Andai sepanjang kita berkenalan, ada sebarang kekhilafan dariku, kupohon ampun dan maaf..semoga diri kalian sentiasa berada di bawah rahmatNya..same2 lah kita berusaha berubah ke arah yg lbih baik..

sungguh dirimu begitu istimewa  

Posted by: aini-mawaddah

Bismillah... Salam kpd para sahabat yg dirahmati Allah..Semoga kita semua sentiasa tergolong dalam glongan yg sentiasa memperbaharui iman dan tidak pnah jemu mmbuktikan cinta kita pd Yang Esa..InsyaAllah..Lafaz setinggi kesyukuran kepada Allah kerana msih dikurniakan nikmat sihat dan lapang kepada diri ana utk ana mencoret bingkisan hati di teratak buruk ini..kepenatan,kecapekan dan kesibukan mmg melanda diri ana tatkala ini...Ya Allah permudahkanlah segala urusanku.. Pagi semalam...seperti biasa ana dtugaskan utk menjaga kaunter pmbayaran kat depan..pd masa itu jam menunjukkan pkul 9.15 pgi. waktu itu merupakan waktu rehat untuk kanak2 istimewa di sekolah itu..disebabkan ada seorg pekerja tidak sihat, dan tiada org di tempat kaunter nasi, so aku berdiri kat ctu sat..Sedang2 memerhatikan gelagat kanak2 itu, tibe2 kdengaran suara ;;;"Kak, nk nasi ayam pistol satu"..tergamam dibuatnya..aku dgn segera mnjawab nasi ayam pistol takde dik..smalam polis dah ambik..ayam ln ade..actually time tu aku dah nk tergelak dgn telatah budak itu..sgt comel dan mencuit hati..wlaupun dirinya tidak sesempurna org ln, ttpi bgi diriku dirinya sangat istimewa..selepas mmbayar duit, dia trus blalu ke meja makan untuk mnikmati nasi yg dbelinya wlaupun hajatnya untuk makan ayam pistol tak kesampaian..hehe.. knape ea ana menceritakan pengalaman ini kat cni?ana pn tak thu actually.. tetapi memang time itu sewaktu memerhatikan gelagat kanak2 itu, tibe2 terlintas di fikiran..malam ini nk posting kat blog la..so inilah sebabnya.. Sebenarnya, saje je ana membuat coretan ini..ana ingin membuktikan kehebatan ciptaan Allah..setiap manusia ada klebihannya..even mcm kanak2 tdi, secara fizikalnya dia adalah kanak2 istimewa tidak sesempurna org ln, tetapi dia dikurniakan fikiran yg kreatif..dia boleh mmbayangkan ayam sayap itu berbentuk pistol..bgus kn imaginasinya..ana sndiri pn sebelum ini tak terfikir pn ia mcm pistol..hehe.. Ana sebenarnya amat sukakan budak2 n kanak2..hidup ana terasa indah sekali stiap saat bersama mereka..segala masalah akan hilang setiap kali bermain dgn mereka..trima ksih yer adik2 akak yg tersayang yg berjaya mnggembirakan hati akak...kdg2 terasa ingin menjadi seperti mereka..hati mereka msih bersih..bersih dri segalanya..bersih dri sifat mazmumah..bersih dri segala yg boleh memberi titik2 hitam pd hati..adik, diri adik cukup istimewa..

Camane ea kita nk pastikan hati kita sentiasa bersih dan bebas dri segala yg boleh membawa perkara maksiat? Pnah beberapa kali terbaca dalam buku..pkara yg kita kena pastikan kita senang bangun malam terutamanya bgi pencinta untuk berjumpa kekasihNya di saat org ln sedang terlena dgn mimpi2 indah ialah salah satunya kita kna pstikan kita bersih dri pkara maksiat di siang harinya agar dosa ini tidak menjadi halangan kepada kita..so bgaimana nk menjaga hati kita?tak boleh disangkal lgi, dengan khidupan dunia skang..hati kita sentiasa dibolak balik..iman kita sentiasa berubah levelnya..diri ana sendiri juga..astaghfirullah..sungguh senang hati ini terpedaya dengan hasutan musuh kita..mesti pd saat kita lalai dan lagha, musuh kita itu sedang bersorak kerana berjaya memperdayakan kita..sedangkan kita terpaksa menanggung kat akhirat nanti..nauzubillah..untuk menjaga hati kita, first kita kna cari hati kita.. cba kita tanyakan pd diri adakah skang kita msih mempunyai hati?

Imam Abu Hamid Al- Ghazali berkata, "Carilah hatimu di tiga tempat: Pertama,ketika membaca Al- Quran;Kedua, ketika solat; Dan ketiga ketika mengingat kematian.Jika di tiga tempat tersebut engkau menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau tidak sedang mempunyainya."
Sahabatku, panjatkanlah setinggi kesyukuran jika kamu menemukan hati anda di tiga kesempatan tersebut ..Apakah perasaan yg mengalir di jiwa anda skang? Tentu sekali merasa nikmat bahagia..Bukankah demikian?? ini kerana kita msih berusaha untuk memperbaik hati kita..bukan setiap org diberikan kesempatan ini..ayuh sahabat sekalian..renovate hati kita..cari hati kita yg sebenarnya..

Knapa terdiam? Apakah sahabat sekalian sedang mencari sebuah hati? Ingatlah sahabat..jangan sesekali berputus asa ..pintu taubat msih terbuka luas untuk kita..dan tidak pnah tertutup untuk hamba yg dhaif seperti kita..semoga ibadah kita tergolong dalam "Ibadah VIP"..apa maksudnya Ibadah VIP ini ea..Istilah ini juga ana jumpa dalam buku karangan Amru khalid, di dalam catatannya berjudul " Ibadah Sepenuh Hati"..yg dimaksudkan ibadah VIP ialah ibadah luar biasa..Di saat org ln bersukaria, kita berdukacita , menangisi dosa kita, di saat org ln dibuai mimpi, kita menangis tersesu sedan bjumpa dgn kekasih kita (solat malam), di saat org ln menonton tv dan membaca buku hiburan, kita tidak berpisah dengan Al- Quran, di saat org ln menyanyikan lagu feveret mereka, kita terkumat kamit melafazkan zikrullah..Tidakkah hanya glongan istimewa saje yg bisa merasai nikmat indah ini..Btul2 istimwa.. Tidakkah benar sahabatku?


Cubalah anda perhatikan dengan saksama..Berapakah org yg tekun solat malam? Berapakah org yg mengerjakannya? di jalan, di tempat tinggal,dan di kotanya?
sekiranya kita tergolong dalam ibadah VIP tidakkah Alla akan redha terhadap kita? Tidakkah Allah mencintai kita? Subhanallah..sungguh luas pintu rahmat utk kita..

Allah (s.w.t) telah berfirman dalam sebuah Hadith Qudsi: " Dan hamba-KU tidak akan berhenti mendekatkan diri pada-Ku dengan amalan amalan sunnah sehingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku pn akan menjadi pendengarannya yg dgn itu ia mendengar, dan menjadi penglihatannya dengannya ia melihat, dan menjadi tangannya dengan itu ia menyentuh, serta menjadi kakinya yg dengan itu ia berjalan.Kemudian jika ia meminta kepada-Ku, Aku pasti akan memberinya ." (H.R. Imam Ahmad) Di saat bersama Allah, tiada apa yg dapat menggusarkan hati kita..Yakinlah dengan janji Allah utk hamba yg berusaha mendapatkan cintaNYa. Tiada kenikmatan di dunia kcuali dengan rintihan malam..Kibarkan bendera keistimewaan "Lihatlah! Ini aku berdiri di-hadapanMu, Rabbi, di saat saat org tgh terlelap.Bantulah aku , Ya Allah untuk dapat berbuat kepada-Mu sebagaimana mestinya, juga utk slalu mengingat dan mensyukuri -Mu serta sentiasa beribadah dengan baik kepada-Mu." Terimalah ibadah hambaMU..tuntunilah kami menggapai redhaMU..tempatkan kami di JannatunnaimMU.... wallahua'lam.. sehingga ketemu lgi.. salam perjuangan

Ya Allah Terimalah taubat hambaMU  

Posted by: aini-mawaddah


Bismillah

Alhamdulillah, di malam yg hening ini, walaupun kepenatan balik dari attachment tdi, saye msih dberi pluang untuk berkongsi apa yg saye bace hari ini.Terasa rugi lak if ape yg dibace ini tidak dikongsi kat cni. Sebenarnya untuk mnmbahkan pemahaman dan seterusnya untuk djadikan kesedaran untuk diri yg kerdil ini..yg bnyk lgi kelemahan..Ya Allah,bantulah hambaMu ini melawan segala kelemahan.. Tuntunilah aku ke jalanMu..Smasa kat Pharmacy tdi x sempat pn nk bukak buku yg dbawe..Buku "kerana Dunia ini Tak Abadi"..ramai customer yg dtg..so x smpat nk bkak pn..Alhamdulillah, smpai je kat umah, trus tgn ini mmbuka page 61 dan hati ini terase terberkas sekali dengan isi kandungannya..Mari kite same2 hayati n smoga saye dan sahabat2 semua dapat manfaat darinya..InsyaAllah..


Anas ibn Malik radhiyallahu'anhu pernah mengatakan : Saya pernah mendengarkan Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Allah Ta'ala berfirman: ' Wahai anak Adam! Sesungguhnya tidaklah engkau berdoa dan berharap pada-Ku dengan kondisi apapun engkau, maka Aku tidak pernah memperdulikannya.Wahai anak Adam!Andai dosa dosamu mencapai puncak langit, lalu engkau memohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku akn mengampunimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan-Ku dngan apapun, nescaya Aku akn memberikanmu ampunan sepenuh bumi." Sesungguhnya pintu-pintu syurga itu semuanya tertutup hingga hari kebangkitan, kecuali satu pintu.Pintu taubat. Pintu syurga ini akan terus terbuka bagi org2 yg bertaubat, siang dan malam, bila pun mereka ingin nertaubat, kembali dan mninggalkn apa yg selama ini seharusnya tidak mereka lakukan....Bahkan lebih dari itu, Rabb kita yg Maha mulia itu turun di setiap malam pada sepertiga akhir malam untuk menyeru hamba-hambaNya.." Apakah ada yg bertaubat? Apakah ada yg memohon ampun?" Cukuplah menjadi sebuah kehormatan dan kemuliaan bgi org2 yg bertaubat bahwa Allah Ta'Ala mengistimewakan mereka dengan kecintaan-Nya pada mereka. " Sesungguhnya Allah mencintai org2 yg bertaubat dan mencintai org2 yg bersuci." (al-Baqarah:222) Allah Ta'ala juga menyatakan tentang hamba-hambaNya yg melakukan kemaksiatan: "Maka tidakkah mereka bertaubat kepada Allah dan memohon ampun pada-Nya? Dan Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. " (al-Ma'idah:74)


Duhai sahabat sahabat sekalian, cuba kita renungi balik ...betapa besarnya kurnia Allah kepada mereka yg bertaubat...Betapa luas sekali rahmatNya untuk hambaNya..
Tetapi sayang sekali, apa yg berlaku di kalangan masyarakat kite sekarang? Di kalangan pemuda pemudi skang? Even budak skolah n plajar skolah menengah sekalipun..Pelbagai kes dan keruntuhan akhlak yg berlaku.. Setiap hari di kaca televisyen dan akhbar, bermacam macam kes kite dapat bace...Kes buang bayi, perkosa anak, bunuh , ragut, placur n so on...Adakah ini caranya kite sebagai hamba yg hnye merempat kat dunia ini mnunjukkan tanda syukur kita kpd Pencipta yg Maha Agung di atas segala kurniaan dan rahmat utk sepanjang kehidupan kita..Dengan anggota badan yg cukup sempurna, nikmat sihat, nikmat mase, dan plg berharga adalah nikmat Islam dan iman..adakah ini caranye kite untuk mmbalas atau sbg penghargaan kite kpada Allah? Bgaimana kita nti untuk berhadapan dgn Allah di akhirat nanti?Apakah bekalan kita kat dunia yg abadi nanti?MasyaAllah..Tidakkah kite semua thu betapa peritnya nanti khidupan kat sane jika kite msih bergelumang dgn dosa.? Cuba bygkan ..kat dunia ini pn pabila waktu dah panas terik, kite dah tak thn panas..Nanti kt akhirat, matahari yg hnye sejengkal ngan kepala..

Ayuhlah muslimin dan muslimat, Kita menjahit kembali sejadah iman kite.kite muhasabah blik apa yg kite dah lakukan sepanjang umur kita ini..Adakah kita yakin kita akn dimasukkan ke syurga dengan amalan yg sedikit cuma? Samelah kita bertaubat memohon ampun pda Yang Maha Kuasa..Bertekad utk berubah ke arah yg lbih baik..Akhlaqul kareemah..Same2 mjadi golongan yg ditarbiyah dan mentarbiyah. Sekiranya waktu mlm ita, kita bnyk hbiskn dengan tidur ataupn menonton Tv, apa salahnya jika bermula dari skarang kite mula mlatih diri untuk bngun Qiyam dan tahajjud..Dating dgn Yang Maha Kuasa di kala org ln sedang asyik dibuai mimpi..Subhanallah..memang indah saat saat itu..Luahlah segala isi hati dan kemahuanmu..pohonlah beribu keampunan..Allah amat menyayangi hambaNya yg merindui untuk berjumpa dengan Nya..Ya Allah..terimalah taubat kami..Bantulah kami menhhadapi segala mihnah dan tribulasi di dunia ini.. Maka kami berharap,wahai Tuhan yg menciptakan kami... Kurniakan kepada kami rahmat-Mu, Kami memohon dengan rahmat-Mu, wahai Dzat yg pling mengasihi, jagalah kami dri berbagai cubaan dan fitnah..

Aku Kau Tinggalkan  

Posted by: aini-mawaddah



Waktu engkau masih kanak-kanak. ......... ...kau laksana kawan sejatiku Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegangAku,kau junjung dan kau pelajariAku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hariSetelah selesai engkau menciumku mesra Sekarang engkau telah dewasa...... ........Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmuAtau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji..... ..Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpanAku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwaAtau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitanKini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.Dulu...pagi- pagi...surah- surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau..... Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahuluWaktu lapang engkau membaca buku karangan manusiaSedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan... Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah) .Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawiTidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamuSepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmuMengasyikkan. Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerjaDi Komputermu pun kau putar musik favoritmuJarang sekali engkau putar ayat-ayatku. ........E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikanEngkau terlalu sibuk dengan urusan dunia muBenarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.Menonton siaran telivisyenDi depan komputer berjam-jam engkau betah dudukHanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampahWaktupun cepat berlalu..... ....Aku semakin kusam dalam laci-laci muMengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembaliItupun hanya beberapa lembar dariku.Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu duluEngkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacakuAtau waktu kematian saudara atau taulan mu Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tibaEngkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNyaApakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong muItu janji Tuhanmu, Allah s.w.t Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...Setiap saat berlalu...Dan akhirnya.... .kubur yang setia menunggu mu.......... .Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...Di kuburmu nanti....Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.Yang akan membantu engkau membela diriDalam perjalanan ke alam akhirat.Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimuYang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.Yang berasal dari Allah AzzawajallaTuhan Yang Maha Pengasih dan Maha PemurahYang disampaikan oleh Jibril melalui RasulmuKeluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...... .Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.Sentuhilah Aku kembali... Baca dan pelajari lagi Aku....Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayatSeperti dulu.... Waktu engkau masih kecilDi surau kecil kampungmu yang damaiJangan engkau biarkan aku sendiri....Dalam bisu dan sepi....

Mama mama sayang mama  

Posted by: aini-mawaddah


Bismillah..

Mama, anakmu ini begitu menyayangimu..Terima kasih atas segala pengorbananmu selama ini yg pastinya anakmu ini tidak termampu untuk mambalasnya.Syukur ke hadrat Ilahi kerna dikurniakan Mama yg begitu menyayangi dan sabar dengan segala kerenah anaknya ini. Terima kasih Mama. SELAMAT HARI IBU...HAPPY MOTHER'S DAY.....................

When I am down and,oh my soul,so weary;



When troubles come and my heart burdened be;



Then, I am still and wait here in the silence,



Until you come and sit awhile with me.


You raise me up, so I can stand on mountains;


You raise me up, to walk on stormy seas;



I am strong, when I am on your shoulders;



You raise me up... To more than I can be.



There is no life, no life without its hunger;



Each restless heart beats so imperfectly;



But then you come, and I am filled with wonder;



Sometimes I think, I glimpse eternity.



You raise me up, so I can stand on mountains;



You raise me up, to walk on stormy seas;


I am strong, when I am on your shoulders;


You raise me up... To more than I can be.



You raise me up, so I can stand on mountains;



You raise me up, to walk on stormy seas;



I am strong, when I am on your shoulders;


You raise me up... To more than I can be.


ou raise me up, so I can stand on mountains;


You raise me up, to walk on stormy seas;



I am strong, when I am on your shoulders;



You raise me up... To more than I can be.


You raise me up... To more than I can be..


Mama..Happy mothers Day~ You are Loved and appreciated more than u noe..

No love before marriage is permitted  

Posted by: aini-mawaddah

Bismillah
Kisah ini tiada kaitan dengan sesiapa.. Ini sebagai kisah untuk dijadikan panduan kepada ikhwah dan akhawat seperjuangan. .juz sebagai renungan dan marilah kita same2 muhasabah balik diri kita.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walaubagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuhhati pada seorang wanita. Saya tidak mencariseorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapisaya mencari seorang teman pendamping hidupsaya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yangboleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa danyang paling penting wanita yang amat sayapercayai untuk mendidik anak-anak saya kelakdan generasi yang akan lahir daripada keluargakami nanti.


Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagisaya telah letakkan beberapa syarat bagi seorangwanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialahorangnya.Dalam masa beberapa bulan saya belajar disebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya,banyak perkara yang telah saya pelajari. Yangpaling penting buat saya ialah, bagaimana sayamula mengenali wanita-wanita dalam hidup sayakerana saya sejak dari sekolah rendah belumpernah bergaul secara langsung dengan seorangwanita pun dan saya amat peka terhadap laranganpergaulan antara lelaki dan wanita kerana sayabersekolah di sebuah sekolah menengah agamalelaki berasrama penuh.Lantaran itu, saya tidakpernah punya hati untuk memberi cinta ataumenerima cinta walaupun peluang itu hadirbeberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuahorganisasi penting di tempat kami belajar.Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya.Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia sepertiyang telah saya ceritakan,bertudung labuh dansentiasa mengambil berat tentang auratnyaterutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkarapertama yang membuatkan saya tertarik padanya.Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibirbicaranya, bersopan-santun dalam mengaturlangkahnya, wajah yang sentiasa berseri denganiman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukarkedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanyabersuara ketika suaranya diperlukan dan tidaksebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorangmukminah solehah yang amat menjagaperibadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernahbercakap-cakap dengannya kecuali dia punyateman disisi dan atas urusan rasmi tanpadipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amatkuat bersembang dan sentiasa punya modal untukberbual-bual seperti kata teman saya, tetapidengan dia saya menjadi amat pemalu dan amatmenjaga.

Bagi saya, itulah wajah sebenar seorangwanita solehah. Dia mampu mengingatkan oranglain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perluberkata-kata walaupun sepatah.Pada hari terakhir saya di sana, saya punyatugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelumsaya melepaskan posisi saya dan semua itumelibatkan dia.Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itusiap, saya mengambil peluang untuk berbual-bualdeangan dia. Saya bertanya perihal keluarga danapa yang dia rasa bertugas di samping saya untukwaktu yang amat sekejapitu. Alhamdulillah dia memberikan respon yangbaik dan dari situlah saya mengenali dengan lebihdalam siapa sebenarnya pembantu saya ini.Namun, apa yang memang boleh saya nampakdengan jelas, dia amat pemalu dan dia amatkekok semasa bercakap dengan saya.

Selepas itubarulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yangpernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusanrasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpanperasaan, tapi tidak pernah saya zahirkansehinggalah saya berada jauh beribu batudaripadanya.Semasa saya berada di Jordan, sayamenghubunginya kembali dan menyatakan hasratsaya secara halus agar dia tidak terkejut.Alhamdulillah, dia menerima dengan baik danhubungan kami berjalan lancar selama empatbulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.Kadang-kadang saya terlalai dalam menjagahubungan kami dan dialah yang mengingatkan.Dialah yang meminta agar kami menghadkanmesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semuaitu menguatkan hubungan kami dan bagi sayadialah teman hidup yang sempurna buat saya.Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang keMalaysia bulan lepas, ummi dapat menghiduperhubungan kami.Saya tahu ummi tidak berapasuka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidakpernah menjangka ummi akan menghalangnya.

Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.Buat pertama kali, adik perempuan sayamemberitahu ummi sudah tahu perihal saya danummi tidak suka. Saya tidak pernahmenganggapnya sesuatu yang serioussehinggalah ummi bercakap secara peribadidengan saya pada suatu hari. Saya masih ingatlagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampumembalas walau sepatah."I haven't found any entry in Islam that permitwhat you are doing right now. I haven't heard fromanyone that love before marriage is permitted. But Iknow there's no relationship between male andfemale except for what is very important and officialbetween them.So, may I know what kind ofrelationship you are having now and I want to hearit from your mouth thatit is legal in what you have been learning untilnow.""Not a single phrase, nor a word.""My sweetheart, if you want to build a family, afaithful o-ne, you can never build it o-n what Allahhas stated as wrong and proven false by the wayRasulullah has taught us. A happy and blessedfamily come from Allah, and you don't even haveanything to defend it as blessed if the first stepyou make is by stepping into what He hasprohibited. You can't have a happy family if Allahdoesn't help you so, and you must know in everyfamily that stands until their dying day, they haveAllah o-n their side. You can't expect Him to helpyou if you did the wrong step from the verybeginning.

"Saya tiada kata untuk membalas keranasemuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudahlama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawankehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, sayatertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernahmembawa kita ke mana, andai cinta itu bukandalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cintayang Allah benarkan kecuali selepas taliperkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telahsaya pelajari lama dahulu dan dari semua kitabFiqh yang saya baca, tiada satu pun yangmenghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudahlama dahulu, tetapi saya tidak kuat untukmenegakkannya. Saya tidak mampumenundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kataummi memberikan saya kekuatan untuk bangkitdari kesilapan saya selama ini.Ummi berkata:"It's not me who want you to make a decision likethis, but Allah tells you so."Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dandia. Dengan kekuatan itulah saya terangkankepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amatfaham. Walaupun air matanya seakan air sungaiyang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulahyang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepadaummi kerana menjalinkan hubungan yang tidaksah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat,janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua,insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalamkeadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiadaapa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidupsaya lebih bercakap kembali tentang agama sayadengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaanberdosa.

Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kamimuhasabah kembali diri kami dan kami betulkankembali segala kesilapan yang telah kami buat.Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu danayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi.Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjurankami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudimemaafkan kami.Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangatlemah. Aku tidak mampu melawan godaan syatianyang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsuyang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanyauntuk sementara. Saya telah berjanji dengan dirisaya sendiri, dialah yang akan menjadi temanhidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian sayauntuk seorang calon isteri telah berakhir. Insanseperti dia hanya satu dalam seribu. Manamungkin saya melepaskan apa yang amatberharga yang pernah hadir dalam hidup saya.InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur,sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya disini, saya akan kembali ke Malaysia danmelamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya.InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu,dan saya berusaha sedaya-upaya saya untukmengekalkan kesetiaaan saya."Sekiranya kita telah bertemu dengan seoranginsan yang amat mulia sebagai teman hidup kita,janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahubilakah pula kita akan bertemu deangan insanyang seumpamanya."Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adabberjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimanayang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteriNabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Begitulah sahabat2, ikhwah dan akhawat yangdirahmati Allah sekalian, ambillah iktibar danpengajaran dari kisah ini. Sama2 kita muhasabahbalik diri kita, bagi yang ada couple, temanistimewa, boyfriend,girlfriend, makwe, pakwe,awek, balak, date, dan yang semaksuddengannya, ingatlah, cinta yang korang bina tu takdiredhai oleh Allah. Bahkan hubungan korang tuadalah haram dan hanya menambahkan dosa.Keluarga yang bahagia dan diredhai takkan terbinadari jalan yang haram, renungkanlah....Persahabatan tak pernah putus kerna diikat talikeimanan, diri tak pernah keseorangan kernadiikat dgn rabitah hati, perjuangan tak pernahselesai hingga kita ke jannah Allah. Salamukhuwah, semanis perjuangan.Wassalam...---caRiLah reDHa-Nya daLam seTiap LaKu---sekian saje mungkin inilah yg dikatakan hidup mati jodoh pertemuan di tangan Allah

12 Barisan di akhiRat  

Posted by: aini-mawaddah in

12 BARISAN DI AKHIRAT

Bismillah
Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa

Tertawa di dunia menangis di akhirat  

Posted by: aini-mawaddah

Bismillah

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda ’Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’.

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita.

Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

“Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: “Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”

Saidina Ali sentiasa mengeluh ‘....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....’ Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda ”Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.”Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”

"sampaikan dariku walau sepotong ayat"  

Posted by: aini-mawaddah

Bismillah
Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yg mengharap (Rahmat) Allah dan (Kedatangan ) hari kiamat dan yg banyak mengingati Allah..(Al-Ahzab;21)

Jadilah suami soleh yg mengikut sunnah Rasulullah dlm hal2 lain juga selain poligami...


Kisah Rasulullah sebagai pengajaran Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."

begitu sekali cintaMu...(khutbah terakhir Rasulullah)  

Posted by: aini-mawaddah

Bismillah



Sabda Rasulullah sal-lallahu ‘alaihi wasal-lam, iaitu wasiat terakhirnya semasa memberi khutbah (bukan membaca khutbah) kepada sahabah sahabah dan pengikutnya, pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai Manusia, sapertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggap lah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang di amanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan lah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguh nya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ di batalkan mulai sekarang. Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

Dan hak kamu atas mereka ialah mereka samasekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina. Wahai manusia dengarlah bersungguh sungguh katakata ku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Mulim adalah saudara kepada Muslim yang lain.

Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Olh itu wahai manusia, nilailah dngan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah di sampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata kataku dari mereka yang mendengar terus dari ku.Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah MU kepada hamba hamba MU.

Ya Rasululah, diri ini begitu merinduiMu....Selawat dan salam buat Rasul junjungan..

Know your medicine

Detik yg kian Berlalu