"Sesungguhnya orang-orang yg beriman itu adalah mereka yg apabila disebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka kerananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."(AlAnfaal: 2)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jom ingat Asma Allah


Halwa Telinga

Duhai mata yang sedang menangis  

Posted by: aini-mawaddah


Bismillahirrahmanirrahim...
Sungguh terkesan sekali di hati ini di saat membaca sebuah artikel yg pling pling tidak mmg terberkas di hati nurani ini..ingin sekali ana coretkan di sini untuk tatapan buat sahabat seperjuangan semua..

Duhai mata yg sdang menangis,

Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka..Apa pun situasimu, air yg mengenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t yg tak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pdNYA kerana hingga saat ini kau mampu menangis..

ADUH... Sungguh hairan kumelihat orang yg merasakan tangisan itu satu kelemahan.Malah menganggapnya satu lmbang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisannya dalam firman NYA " Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." ( Surah Al-Isra':109) "Apabila dibacakan ayat ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangus."( Surah Maryam:58)

Duhai mata yang sedang menangis,
Tangisan bukan satu keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkaikan beban yg tersimpan. Jika kau lelaki, kenapa kau perlu malu pada tangisan?? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yg mmpunyai hati dan perasaan. Usah menipu diri berlagak kuat dengn menafikan air mata kerana kelakbadanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita, kau mungkin lebih bnyk menangis drpd lelaki. Tahukah dikau, penyayang NYA Allah s.w.t padamu hingga Diamenciptakan kalenjar kalenjar air matamu lebih besar drpn kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lbh bnyk drpd lelaki.


Duhai mata yang sedang menangis,
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa harap dan takut pd TuhanMU. benar tangisanmu tidak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisanmu membibitkan kabus pd masa depanmu.Angaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.


Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
"Aku haramkan neraka kepada mata yg selalu menangis kerana takut kepada Allah ."(Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i).

This entry was posted on 7:44 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment

Know your medicine

Detik yg kian Berlalu