"Sesungguhnya orang-orang yg beriman itu adalah mereka yg apabila disebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka kerananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."(AlAnfaal: 2)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jom ingat Asma Allah


Halwa Telinga

Alahaiiiiii  

Posted by: aini-mawaddah

alahai MANUSIA , [malaikat] , SETAN !

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm.​sedapnyaaaa?​ .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?​mmm.​aaahh?​ suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. . .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-​menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,​sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.​rugila.​.​.​.​ (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,​berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu.Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,​kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,​kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


Hmm ...semoga mendapat ibrah/ pengajaran dri artikel di atas...sedarlah.....jgn biarkan hidup anda diselubungi dosa/ maksiat....harungilah hidupmu dgn nilai2 murni yg bleh mjadi saham di akhirat nti....akhir kalam..selamat berjuang ea sahabat2...

Tertawa di dunia menangis di akhirat  

Posted by: aini-mawaddah

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda ’Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’. Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita.
Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

“Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.


Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: “Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”


Saidina Ali sentiasa mengeluh ‘....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....’ Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.


Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda ”Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.”Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak

Jangan merajuk wahai daei  

Posted by: aini-mawaddah



Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja
perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan
kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam
kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah
sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap
insan.

Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan
susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar
menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e,
mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka
lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah
menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat
seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa
hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia.
Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan
hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya
pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang
Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari
Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa,
Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai
di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati
itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap
bait Kalamullah.. .

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu
memberi seribu pengertian dalam kehidupan...
"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri,
jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi,
tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh
hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di
kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa
hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah
dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita
meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya
usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia
berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar
gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan
risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu
mengambil jalan kepada Tuhannya"
(Al-Furqan:56- 57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak
bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat
Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya
aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa' :87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari
sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya
taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari
kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup
bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan
kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih
mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan
dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat
mengakui kesalahan…

Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas
kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah
mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi
keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa
mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan
ini adalah kejayaan...


Duhai mujahid Duhai mujahidah  

Posted by: aini-mawaddah

Benarkah engkau seorang pejuang?
Mengaku diri sebagai pejuang, sebagai jundullah,
sebagai aktivis, namun akhlak maupun tsaqafahnya tidak
mencerminkan hal itu. Mengaku diri sebagai mujahid,
namun niat ternoda oleh selain-Nya. Inilah yang Allah
Subhanahu wa Ta'ala sindir di dalam Al Qur'an, "Apakah
kamu mengira kamu akan dibiarkan saja mengatakan 'kami
beriman' sedang mereka tidak di uji lagi?" (QS. Al
Ankaabut: 2-3)

Masing-masing kita sebaiknya mengevaluasi diri, apakah
kita memang sudah benar-benar menjadi pejuang di
jalan-Nya atau jangan-jangan, baru sebatas khayalan
dan angan-angan kosong belaka. Inginkan syurga, tetapi
tidak siap menggadaikan diri, harta dan jiwa. "Apakah
kamu mengira bahwa kamu akan
masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah
orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata
orang-orang yang sabar." (QS. 3:142).

Ya, kita mengira akan masuk surga dengan pegorbanan
yang sedikit, seakan ingin menyamakan diri dengan
teori ekonomi , "Mendapatkan output yang
sebesar-besarnya, semaksimal mungkin, dengan input
yang seminimal mungkin."

Aduhai., sesungguhnya hari akhir itu adalah perkara
yang besar. Dan surga yang luasnya seluas langit dan
bumi itu, sangat mahal harganya. Rasulullah SAW
bersabda, "Generasi awal sukses karena zuhud dan
teguhnya keyakinan,sedang ummat terakhir hancur karena
kikir dan banyak berangan muluk kepada Allah."

Sesungguhnya
keistiqomahan dalam berjuang, itulah indikasi keimanan
sang pejuang yang sebenarnya. Pejuang yang sabar
menapaki hari-hari dengan mengibarkan panji Illahi
Rabbi. Yang selalu bermujahadah mengamalkan Al Qur'an.
Teguh pendirian. Tak kenal henti. Hingga terminal
akhir, itulah syurga...

Rindu pada akhawat tersayang  

Posted by: aini-mawaddah

Dari Anas bin Malik, dia berkata, "Ada seseorang yang bertanya Rasulullah(R) tentang hari qiamat,

"bilakah hari kiamat itu?" R bertanya balik, "Apakah engkau sudah menyiapkan bekalan untuk menghadapinya? "

Laki2 tersebut menjawab, "Tidak ada, kecuali bekalan bahawa aku mencintai Allah dan Rasul Nya." R berkata pula,

"Engkau bersama orang yang engkau cintai." Anas berkata, "tidak ada sesuatu yang membahagiakan kami dpd perkataan R

...engkau bersama orang yang engkau cintai.." Anas berkata, :Aku mencintai nabi, Abu Bakar dan Umar. Dan aku berharap dapat

berkumpul dgn mereka kerana kecintaanku kpd mereka, meskipun aku tidak beramal seperti amalan yang mereka lakukan."

Dari Umar Al Khattab, nabi berkata:

"Sesungguhnya di antara hamba2 Allah ada manusia yang bukan nabi dan bukan pula syuhada', namun setara kedudukannya di sisi Allah dgn para nabi dan syuhada' pada hari kiamat." Para sahabat bertanya, "wahai R, beritahu kami, siapakah mereka?"

Beliau menjawab, "Mereka adalah orang yang saling mencintai kerana Allah, padahal tidak ada hubungan kerabat di antara

mereka, tidak pula kerana harta yang dibagi-bagi di antara mereka. Demi Allah..wajah mereka laksana cahaya, dan mereka berada di atas cahaya. Tidak takut ketika manusia ketakutan,dan tidak gelisah ketika manusia merasakan kegelisahan. "

Lalu R membacakan ayat daripada QS Yunus [10]:62..

"ketahuilah, sesungguhnya wali2 Allah tidak ada rasa takut pada diri mereka dan mereka pun tidak merasakan kesedihan"

Terasa lemah diri ini tanpa kalian...terasa nafsu itu semakin kuat memperkudakan diri ini.

Ya Allah, berikanlah daku kekuatan untuk berdiri di tengah2 ujian Mu..sungguh pun aku bersendirian, namun tinggi pengharapan ku agar Dikau bersama-samaku...

La takhof wa La tahzan, innALLAHa maAna

Know your medicine

Detik yg kian Berlalu