"Sesungguhnya orang-orang yg beriman itu adalah mereka yg apabila disebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka kerananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."(AlAnfaal: 2)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jom ingat Asma Allah


Halwa Telinga

hayatilah solatmu...abdikanlah dirimu untuk Khaliqmu  

Posted by: aini-mawaddah

Surah AL-Fatihah

Ya Allah, Wahai Tuhan yang memiliki diriku
Ini aku datang mempersembahkan pujian dan pujaan yang sebesar-besarnya terhadap-Mu karena telah menciptakan alam sebagai simbol cinta kepada aku dan hamba-hamba kesayanganMu
Sungguh dapat aku saksikan ya Allah betapa amat Pemurah, Penyayang dan Maha Pengasihnya Engkau pada diriku dan orang-orang lain.
Belaian-Mu kepadaku jauh lebih hebat dari belaian seorang ibu tika sedang menyusukan bayinya.
Bahkan Engkau Ya Allah, yang mencintai hamba-hamba kesayanganMu telah mempersiapkan mahligai-mahligai Syurga yang maha nikmatnya sebagai tempat kembali kami untuk bertemuMu
Di sana, di negara Akhirat, kampung asal-usulku, Allah sedang menanti…..bidadari dan malaikat melambai-lambai mengharap agar manusia tidak lupa hari pulang.
Di sana Dialah Tuhan, Raja yang memerintah dengan sangat adil dan penuh kasih sayang.
Oh Tuhan! kalau begitulah ertinya Tuhan itu kepada hidupku, bagaimanakah sepatutnya aku berkelakuan?
Ya, ini kubisikkan kata-kata yang tidak pernah kuungkapkan pada sesiapa selain-Mu.
Bahawa sesungguhnya hanya padaMu aku serahkan seluruh ketaatan dan kecintaan.
Juga hanya pada-Mu dan tidak pada yang lain, aku mengadu hal diriku.
Tuhan… hanya padaMu aku menyembah, hanya pada-Mu aku yang maha hina ini meminta-minta….
Lihatlah permintaan yang pertama yang Dikau sendiri ajarkan supaya aku meminta-minta padaMu
iaitu memohon sebuah hadiah paling besar yang hanya layak untuk para rasul, nabi-nabi dan para wali, iaitu Siratul Mustaqim atau jalan yang lurus.

Yakni sebuah laluan yang sulit, sukar, sempit tapi di hujungnya ialah Syurga yang abadi.
Ia amat tersembunyi dari pandangan musuh-musuh Tuhan atau orang-orang yang Tuhan benci.
“Ya Allah, tunjuki daku jalan kepada-Mu, lindungiku dari orang-orang yang Kau benci dan orang-orang yang sesat.
Perkenankanlah, ya Allah…
Namun aku tetap malu kerana Engkau masih sudi menerimaku dan memberi kekuatan kepadaku utk menghadapMu.

RUKU’

Ruku’ ini ialah kerelaanku terhadap apa sahaja perintah dan laranganMu…
Hatiku mengembara bersama-Mu…
Dengan dipenuhi rasa2 cinta, rindu, kasih sayang dan segala macam harapan-harapan.
Engkau membuatkan aku tenggelam dalam cinta-Mu yang agung.
Engkau buatkan air mataku mengalir melimpah-limpah bersama rasa terharu dan sangat terhutang budi.
Masakan aku masih terus berkeras hati lagi sedangkan Engkau Maha Suci dari bersifat zalim

Lagipun Engkau Maha Besar, Maha Tinggi dengan segala-gala Kebesaran, Ketinggian dan Kepujiannya.
Engkau Maha Besar, Maha Tinggi dengan segala-gala Kebesaran, Ketinggian dan Kepujiannya.

Engkau Maha Besar, Maha Tinggi dengan segala-gala Kebesaran, Ketinggian dan Kepujiannya.

Cukuplah keyakinan pada-Mu ini untuk membuang segala sifat kesombonganku dan keegoanku terhadap segala perintahMu


SUJUD/DUDUK DIANTARA DUA SUJUD

Aku amat takjub dengan-Mu ketika sujudku.
Rupa2 nya aku mempunyai Tuhan yang sangat memerintahkan agar aku serahkan segala urusan hidupku hanya pada-Nya dan tidak pada yang lain.
Diriku umpama setitis habuk yang tersangatlah hinanya dan tiada berguna apa2
Segala kepujian-pujian yang selayaknya di dunia dan akhirat untukMu yang Maha Tinggi
Di pemisahan antara dua sujud pula adalah saat paling indah..
Kau senaraikan seluruh keperluan-keperluan harian yang amat aku perlukan untuk meneruskan hidup dan menyuruh aku memintanya berulang-ulang kepada-Mu.

Lalu aku membisikkan begini :

“Ya Tuhan, ampunilah dosa-dosaku, kasihanilah diriku, tampungkanlah kekurangan-kekurangan diriku, angkatkanlah darjat diriku, rezekikanlah aku, hidayahkanlah hatiku, sihatkanlah jasadku dan akhirnya maafkanlah sahaja hamba-Mu ini.”

Ya Allah, agungnya cinta dari-Mu.
Kerana bukan sahaja mengajarkan permintaan untuk dimohon kepada-Mu, bahkan yang tidak kupinta pun mencurah-curah nikmat yang dikurniakan.

Hati mana yang tidak hancur oleh cinta yang sebesar ini?
Mata mana yang tidak mengalirkan air mata bila mendapat perhatian dan kasih sayang dari Sang Pencipta.?

Ini aku sungkurkan diri kepadaMu, menyerah seluruh taat setia pada-Mu.
Bawalah hati ini untuk sentiasa mengingati KebesaranMu.


TAHIYAT

Bakal berakhirnya pertemuan ini Tuhanku, setelah kusembahkan seluruh salam-salam keberkatan dan doa-doa yang Engkau ajarkan, lalu Kau kenalkan aku pada kekasih-Mu, Rasulullah SAW.
Yang kerananyalah maka aku sampai terbawa ke sini, ke sisi-Mu.
Dapatlah aku mengucapkan salam pada manusia yang paling berjasa itu.
Bahkan terasa ada jawapan salam dari baginda.

Kau Tuhan… mengajarkan aku mengagih-agihkan cinta pada para kekasih-Mu yakni dengan Kau bisikkan begini :

“Wahai hamba-Ku, tidak cukup kalau kau hanya mempunyai Aku.
Bersama kita ada saudara-saudaramu sehati sejiwa.
Mereka juga buah-buah hati-Ku.
Mereka sangat berusaha agar manusia merasakan cinta Tuhan.
Kita tidak terhubung pun kalau tidak hasil perjuangan mereka.
Kalau begitu doakanlah mereka.
Yakni sesudah engkau mendoakan dirimu
‘ Assalamualaina wa ala ‘badillahis solihin’

-Sepanjang mikraj ini dapat benar-benar menyaksikan kebenaran-Mu.”

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW Pesuruh Allah

Ku mohon pada-Mu, selamat sejahterakanlah Sayidina Nabi Muhammad SAW dan keluarganya sepertimana dilakukan kepada bapaku Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Ku pinta lagi Tuhan, berkatilah kekasih Junjungan Sayidina Muhammad dan keluarganya sepertimana diberkatinya Nabi Ibrahim serta isteri-isteri mereka dan anak-anak semuanya.

Sungguh wahai Tuhan, mikraj ini memperlihatkan padaku bahawa di atas ciptaan alam ini seluruhnya, hanya Tuhanlah yang layak untuk dikatakan Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Maka dengan itu aku kembalilah ke dunia semula, bertemu dengan sekalian hamba2 keluarga kesayanganku, adik-beradikku, saudara-maraku di kalangan manusia, malaikat, roh-roh muqaddasah, jin-jin, Muslim dan lain-lainnya dengan doa dan salam

This entry was posted on 9:54 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment

Know your medicine

Detik yg kian Berlalu