"Sesungguhnya orang-orang yg beriman itu adalah mereka yg apabila disebut Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka kerananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."(AlAnfaal: 2)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jom ingat Asma Allah


Halwa Telinga

Tepuk Dada Tanya Iman..  

Posted by: aini-mawaddah



adakah masih ada malu apabila kita berhadapan dgn lelaki atau perempuan ajnabi
adakah masih ada malu apabila kita melakukan maksiat
adakah masih ada malu apabila kita pergi 'dating' dgn boyfren/girlfren
adakah masih ada malu apabila kita berpakaian seksi dan ketat(menjolok mata)
adakah masih ada malu apabila kita berbual kosong dgn lelaki/perempuan ajnabi


adakah masih ada malu apabila kita meninggalkan solat
adakah masih ada malu apabila kita membuang masa pada perkara yg tak berfaedah
adakah masih ada malu apabila kita mempunyai hasad dengki dan khianat pada saudara seagama sendiri
adakah masih ada malu apabila kita marah(tak tentu pasal)
adakah masih ada malu apabila kita mengumpat kawan sendiri

adakah masih ada malu apabila kita mengetahui perkara itu salah disisi Allah tapi kita tetap lakukannya
adakah masih ada malu apabila cara hidup,cara berpakaian,cara pergaulan kita sama sahaja dgn cara golongan kafir
adakah masih ada rasa malu dlm diri kita
dimana letaknya maruah kita..maruah seorg muslim??

drp Abi Hurairah ra,Rasullulah telah bersabda
'iman lebih 60 cabang,dan malu ialah satu dr cabang iman'
(riwayat bukhari)

drp Umran bin Husain ra,Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)


Rasullulah bersabda:
sesungguhnya antara kata2 ungkapan kenabian terdahulu yg dpt diketahu dan dipetik oleh manusia ialah
JIKA ENGKAU TIDAK MALU,MAKA LAKUKAN APA SAHAJA YG ENGKAU MAHU--(HADIS RIWAYAT AL-IMAM AL BUKHARI)







tOp UP Kredit vs toP up AmaLan..  

Posted by: aini-mawaddah




Bismillahirrahmanirrahim...
kaifa haluki? Ape khabar iman hari ini? Ya Allah, kuatkanlah iman hambaMU ini..hindarilah kami dari azab nerakaMU..hari ini sempat saye mengisi mase terluang untuk membuat coretan yg simple ini untuk djadikan bahan bacaan kite semua..

Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan”..Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita ingin membuat panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah x kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada kita..

“Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”.Pernah x kita berfikir seperti itu?.Bayangkan di hari kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men ‘top-up’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung.Bayangkan rasa kecewa yang menyelebungi diri kita,melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia,kecewa dalam interview,kecewa dalam kerja,dalam segalanya.

Hmm.....Kita selalu menangis apabila kita kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita.Tetapi,pernah x sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita....Pernah x kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’,tabi’ tabii’n dahulu,yang selalu menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit.Sedangkan kita?Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata.Tetapi,apabila kekasih kita meninggalkan kita,sampai bengkak mata kita menangis.Betapa lemahnya iman kita..Ingatkah kita akan kisah Syadad bin Aus?Kenal siapa Syadad bin Aus?Kata Abu Darda’ ..“Setiap umat ada orang fakih,dan antara orang fakih umat ini ialah Syadad bin Aus”.Kembali kepada kisah Syadad bin Aus.Satu malam,Syadad bin Aus hendak tidur,tetapi dia tidak dapat tidur dan hatinya gelisah.Maka dia berkata “Ya Allah,nerakaMu menyebabkan aku berjaga malam,dan hilangkanlah daripadaku rasa mengantuk ini”.Lalu,beliau bangkit dan solat sehingga Subuh.Kisah bagaimana seorang Fakih yang takutkan neraka sehingga x tidur malam..Adakah sekuat itu iman kita?Sahabat-sahabat kita di Palestin berjuang mengangkat senjata dan bermati-matian menentang golongan kuffar,dan kita?Hendak mengangkat mata dan selimut untuk pergi solat Subuh berjemaah pun kita x mampu,inikan pula hendak pergi berperang.Mari kita sama-sama muhasabah diri kita..


Suka untuk saya bercerita kisah seorang sahabat Nabi bernama Amir bin Said.Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar al-Khattab.Ketika itu,beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga.Saidina Umar hendak melantik seseorang untuk menjadi Gabenor di negara Kufah.Dengan berasaskan takwa,Saidina Umar menawarkan jawatan tersebut kepada Amir bin Said,tetapi beliau menolak kerana amanah tersebut terlalu berat bagi beliau.Saidina Umar berkata kembali “Kenapa kamu memilih aku menjadi khalifah sedangkan kamu tidak di belakang aku?”.Akhirnya,Amir bin Said menerima jawatan tersebut dan Saidina Umar memberikan kepada beliau sejumlah wang untuk beliau bertugas sebagai Gabenor di Kufah.Said bin Amir sebaliknya tidak menggunakan wang tersebut untuk dirinya,bahkan bersedekah kepada fakir miskin.Ketika menjadi gabenor di Kufah,pernah penduduk Kufah membuat aduan tentang kepimpinan beliau.Penduduk Kufah mengadu tentang 3 perkara ; pertama,Said bin Umar x keluar dua kali dalam masa sebulan.kedua,beliau lambat keluar untuk bertugas pada waktu pagi dan ketiga,beliau x keluar pada waktu malam.Dengan tawaddu’ Said bin Amir menjawab aduan-aduan tersebut.Beliau tidak keluar dua kali sebulan kerana beliau hanya mempunyai pakaian sehelai sepinggang.Dua hari itu digunakan untuk membasuh dan mengeringkan pakaian beliau.Beliau keluar lambat pada waktu pagi kerana beliau tidak mempunyai khadam atau hamba.Beliau dan isterinya melakukan sendiri semua kerja-kerja rumah.Beliau tidak keluar pada waktu malam kerana beliau memperuntukkan malam beliau hanya untuk beribadat kepada Allah.


itulah satu contoh kepimpinan dan tauladan yang sepatutnya kita contohi.Walaupun bergelar gabenor,beliau tidak bermegah-megah dengan jawatan itu,bahkan semakin tawaddu’ dan rendah diri.Hendaklah kita memperuntukkan malam kita untuk beribadat kepada Rabb al-Jalil dan tidak mengisi sepenuhnya malam kita untuk melunaskan permintaan manusia kerana untuk memenuhi kehendak semua orang adalah sesuatu benda yang tak mungkin tercapai.Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat,baru kita hendak menyesal kerana seperti pepatah melayu “sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna”


Berkata ulama’,terdapat 9 perkara yang boleh islah(ubah) hati :

1.Membaca al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.

2.Mengosongkan perut dengan mengurangkan makan

3.Bangun malam dengan beribadat

4.Bermunajat pada waktu sahur

5.Berdamping dengan orang Soleh

6.Diam daripada perkara-perkara tidak bermanfaat

7.Uzlah daripada orang jahil

8.Jangan selalu bersama mereka(orang jahil)

9.Makan benda yang halal


Untuk akhirnya,marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa kita lakukan.Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah kerana titis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama ‘top-up’ yang akan mengisi ‘kredit’ untuk kita pada hari perhitungan nanti,insyaALLAH..Wallahu’alam..


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementar hatinya..dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka..bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal”

(Al-Anfal,2)

Seindah Mawar Berduri..  

Posted by: aini-mawaddah


Kaulah Mawar idaman
Tumbuhmu di taman larangan
Mekarmu dipagari
Mekarmu dibajai ketaqwaan
Sesuci hatimu
Seindah akhlakmu
Diciptakan sebagai seorang wanita
Mewarisi kelembutan wanita solehah
Kembangmu tetap indah
Walau Cuma di taman larangan
Menyinarkan Nur keimanan
Nan mekar dihiasi mahmudah
Seindah mawar berduri

 

Posted by: aini-mawaddah

Warkah buat Hawa  

Posted by: aini-mawaddah



Ku tujukan kalimah bermakna ini buat ukhti2 yg tersayang, yg amat kucintai dan sayangi..semoga ukhuwah yg terbina antara kita akn terjalin hingga akhirnya..Salam ukhuwahfillah..

WARKAH BUAT HAWA...
HAWA
, andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...
HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...
HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU… (www.iluvislam.com)

Ukhti fil islam, jagalah maruahmu..jgn biarkan dirimu mudah terpedaya dgn pngaruh nafsu.Ingatlah, dirimu ibarat permata yg amat berharga..Dirimu aset berharga untuk Islam..

bgi yg sedang asyik dilamun cinta ingatlah saudaraku,
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia, ia telalu mulia. Kalau begitu, adakah cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru, bukankah mereka ini semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

JaGA diRI Jaga Iman
Kuatkan hati teguhkan Iman
(aini-mawaddah)


Kisah Nabi Syu'aib  

Posted by: aini-mawaddah





Syu'aib adalah salah satu dari 4 nabi bangsa Arab. Tiga nabi lainnya adalah Hud, Saleh, dan Muhammad SAW. Baginda seorang nabi yang dijuluki juru pidato karena kecakapan dan kefasihannya dalam berdakwah.
Nabi Syu'aib AS diutus ke tengah kaum Madyan yang tinggal di Ma'an, suatu daerah di pinggir Syam (sekarang Suriah), yang berbatasan dengan Hijjaz dan dekat Danau Luth. Sesuai namanya, bangsa Madyan adalah bangsa Arab yang bernasab dari Madyan bin Ibrahim AS.
Kaum ini menyembah Aikah, yaitu sebidang tanah padang pasir yang ditumbuhi sejumlah pohon.


Dakwah Nabi Syu'aib AS pada kaum Madyan
Masyarakat Madyan terkenal korup dan menjalankan praktek-praktek perdagangan yang curang. Mereka menggunakan alat ukur yang besar kalau membeli dan menggunakan alat ukur yang kecil kalau menjual, sehingga kekayaan bertumpuk pada segelintir orang saja. Dalam kondisi demikian, Nabi Syu'aib AS memperingatkan kaumnya agar meninggalkan praktek-praktek yang curang itu, tetapi ia ditanggapi dengan kasar, bahkan mereka mengancam akan menyiksa dan merejamnya jika ia tidak mau menghentikan dakwahnya. Akhirnya Nabi Syu'aib AS dan pengikutnya pindah ke negeri lain, karena penduduk Madyan sudah tidak bisa diharapkan lagi. Beberapa saat setelah Nabi Syu'aib dan pengikutnya pergi, tiba-tiba penduduk Madyan dikejutkan oleh adanya gempa maha dahsyat sehingga mereka mati bergelimpangan.

Berdakwah pada kaum Ashabul Aikah
Nabi Syu'aib dan pengikutnya pindah ke negeri Aikah sesuai petunjuk Allah SWT yang memang menugaskannya berdakwah disana. Ternyata penduduk Aikah juga sama durhakanya dengan penduduk Madyan. Mereka menolak ajakan Nabi Syu'aib untuk menyembah Allah. Mereka bahkan mengejek dan menantang Nabi Syu'aib agar mensegerakan azab yang dijanjikan Allah. Karena kedurhakaan mereka ini, akhirnya turunlah azab Allah SWT berupa iklim panas yang membakar dan menyesakkan dada. Dengan sia-sia kaumnya lari kesana-kemari mencari tempat perlindungan. Saat mereka kebingungan, tiba-tiba muncul segumpal awan hitam. Orang-orang menyangka bahwa itu adalah awan pertolongan. Ketika kaum durhaka itu bernaung di bawahnya, tiba-tiba awan itu mengeluarkan guruh yang dahsyat dan menghancurkan mereka semua. Binasalah kaum yang durhaka itu. Satu pun tak ada yang tersisa. Hanya Nabi Syu'aib AS dan para pengikutnya yang bisa selamat berkat rahmat dan perlindungan Allah SWT.
Carilah hatimu sewaktu membaca al quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru. (aini-mawaddah)

Adab menuntut ilmu  

Posted by: aini-mawaddah




Bismillahirrahmanirrahim

1.
Ikhlas karena Allah.


"Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya kerana Allah , sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau syurga pada hari kiamat".( HR: Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah

2.Untuk menghilangkan kebodohan dari dirinya dan orang lain.

"Sampaikanlah dariku walupun cuma satu ayat (HR: Bukhari)
Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan daripada dirinya dan daripada orang lain..

3. Mengamalkan ilmu yang telah didapatkan.

Termasuk adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh, kerana amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak maupun muamalat. Kerana orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

4. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.

Penuntut ilmu harus selalu lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama.

5. Mencari kebenaran dan sabar

Mencari kebenaran dari berita berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadits misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadits tersebut. Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadits itu adalah shahih, kita berusaha lagi mencari makna (pengertian ) dari hadits tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus sabar, jangan tergesa-gasa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak a
kan mendapatkan apa dari yang kita tuntut.

Duhai mata yang sedang menangis  

Posted by: aini-mawaddah


Bismillahirrahmanirrahim...
Sungguh terkesan sekali di hati ini di saat membaca sebuah artikel yg pling pling tidak mmg terberkas di hati nurani ini..ingin sekali ana coretkan di sini untuk tatapan buat sahabat seperjuangan semua..

Duhai mata yg sdang menangis,

Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka..Apa pun situasimu, air yg mengenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t yg tak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pdNYA kerana hingga saat ini kau mampu menangis..

ADUH... Sungguh hairan kumelihat orang yg merasakan tangisan itu satu kelemahan.Malah menganggapnya satu lmbang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisannya dalam firman NYA " Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." ( Surah Al-Isra':109) "Apabila dibacakan ayat ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangus."( Surah Maryam:58)

Duhai mata yang sedang menangis,
Tangisan bukan satu keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkaikan beban yg tersimpan. Jika kau lelaki, kenapa kau perlu malu pada tangisan?? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yg mmpunyai hati dan perasaan. Usah menipu diri berlagak kuat dengn menafikan air mata kerana kelakbadanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita, kau mungkin lebih bnyk menangis drpd lelaki. Tahukah dikau, penyayang NYA Allah s.w.t padamu hingga Diamenciptakan kalenjar kalenjar air matamu lebih besar drpn kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lbh bnyk drpd lelaki.


Duhai mata yang sedang menangis,
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa harap dan takut pd TuhanMU. benar tangisanmu tidak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisanmu membibitkan kabus pd masa depanmu.Angaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.


Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
"Aku haramkan neraka kepada mata yg selalu menangis kerana takut kepada Allah ."(Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i).

HiduP di Bawah bayaNgan Al Quran..indahnya bait bait kalamullah  

Posted by: aini-mawaddah


Bismillahirrahmanirrahim



Hidup di bawah bayangan Al-Quran adalah satu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah satu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku kenikmatan di bawah bayangan Al-Quran selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nikmat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu nikmat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.



Aku hidup seoah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan Al-Quran ini…ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini. Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab suci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?



Aku telah hidup di bawah bayangan Al-Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuda-pemuda jahiliyah itu berbangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan seorang kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?



Aku telah hidup bi bawah bayangan Al-Quran dan di sana aku dapat menikmati kefahaman yang sempurna dan meliputi, tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam Al-Wujud, terhadap seluruh alam Al-Wujud dan terhadap kewujudan manusia itu sendiri. Kemudian aku bandingkan dengan kefahaman-kefahaman dan tanggapan jahiliyah yang dihayati oleh umat manusia di Timur dan Barat, di Utara dan Selatan. Kemudian aku bertanya; mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalm gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang-padang yang bersih, tempat-tempat yang tinggi dan cahaya yang terang-benderang?



(Petikan daripada Muqaddimah Tafsir Fi Zilalil Quran oleh Syed Qutb)

...mencari mutiara di dasar hati...
aini-mawaddah

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita  

Posted by: aini-mawaddah


-pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

Know your medicine

Detik yg kian Berlalu